Judul : Didakwa Tak Bayar Cukai, Shakira Mungkin Dihukum Penjara
link : Didakwa Tak Bayar Cukai, Shakira Mungkin Dihukum Penjara
Didakwa Tak Bayar Cukai, Shakira Mungkin Dihukum Penjara
Pihak berkuasa kehakiman Sepanyol mengesahkan Shakira, 40, disiasat berhubung kemungkinan beliau mengelak daripada membayar cukai selama empat tahun sebelum secara rasmi pindah ke Barcelona.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Hips Don’t Lie itu di dakwa gagal membayar cukai pendapatan antara tahun 2011 hingga tahun 2014.
Bagaimanapun pihak pengadilan belum menentukan tindakan selanjutnya namu sekiranya Shakira didapati bersalah, dia akan berdepan dengan denda yang berjumlah jutaan Euro dan hukuman penjara.
Bintang berasal dari Colombia itu menukar residennya dari Bahamas ke Barcelona sejak tahun 2015 di mana dia tinggal bersama suaminya yang juga pemain bola sepak pasukan Barçelona, Gerard Piqué dan dua anak lelaki mereka.
Namun dia sudah menetap di negara itu sejak tahun 2011, jadi dia sepatutnya perlu membayar cukai bermula dari tempoh itu.
Sementara itu, mengulas mengenai kes tersebut, wakil jurucakap Shakira mengatakan bahwa artis itu selalu mematuhi serta menjalankan tanggungjawabnya membayar cukai. Dia juga bersedia mengikut peraturan dan keputusan yang ditetapkan oleh kehakiman Sepanyol nanti.
“Sebagai penyanyi profesional, dia (Shakira) pernah tinggal di beberapa tempat.
“Shakira sentiasa mengikut peraturan di mana tempat dia tinggal,” kata wakilnya, Ezequiel Camerini seperti yang dilaporkan Hollywoodlife.
Kontroversi tersebut tercetus tidak beberapa lama selepas Shakira menunda konsert jelajah “El Dorado World Tour” hingga ke beberapa bulan depan dengan alasan dia mengalami gangguan pada pita suaranya.
Shakira juga memuat naik sebuah video di Instagram meminta maaf kepada para peminat serta menjelaskan kondisi kesihatannya ketika ini.
The post Didakwa Tak Bayar Cukai, Shakira Mungkin Dihukum Penjara appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Didakwa Tak Bayar Cukai, Shakira Mungkin Dihukum Penjara
Anda sekarang membaca artikel Didakwa Tak Bayar Cukai, Shakira Mungkin Dihukum Penjara dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/didakwa-tak-bayar-cukai-shakira-mungkin.html