Didakwa 4 Pertuduhan, Farid Minta Dibicarakan

Didakwa 4 Pertuduhan, Farid Minta Dibicarakan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Didakwa 4 Pertuduhan, Farid Minta Dibicarakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Didakwa 4 Pertuduhan, Farid Minta Dibicarakan
link : Didakwa 4 Pertuduhan, Farid Minta Dibicarakan

Baca juga


Didakwa 4 Pertuduhan, Farid Minta Dibicarakan

Selepas lima hari ditahan reman, aktor dan pengarah Farid Kami dibebaskan hari ini dengan jaminan polis bagi kes narkotik.

Lapor Harian Metro, Farid, 37, didakwa atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, selebihnya berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Kota Damansara, Khamis minggu lalu.

Farid menggelengkan kepalanya (mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan) setiap kali pertuduhan terhadapnya di bacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Suami kepada pelakon Diana Danielle itu dipanggil dan berdiri di dalam kandang tertuduh 11.30 pagi dan Diana dilihat turut berada di galeri awam mahkamah.

Turut kelihatan, adik pelakon yang baru dianugerahkan Datuk, Fadzil Zahari.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, beliau didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Asyraf Ahmad dan Konstabel Mohd Nizam Jamaludin.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan ketiga, Farid Kamil didakwa menggunakan kekerasan jenayah dan menghalang tugas polis dan beliau didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan terakhir, beliau didakwa berkelakuan tidak senonoh di Balai Polis Kota Damansara dengan mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada Nizam yang mana ia boleh mendatangkan kemarahan.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara maksimum enam bulan, jika disabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di kaunter pertanyaan di Balai Polis Kota Damansara, jam 1.20 petang pada 11 Januari lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik manakala tertuduh diwakili peguam Athari Bahardin.

Majistret Nor Ariffin Hisham kemudian membenarkan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi keempat-empat pertuduhan.

Selain itu, mahkamah menetapkan 5 Mac ini sebagai sebutan semula kes.

The post Didakwa 4 Pertuduhan, Farid Minta Dibicarakan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Didakwa 4 Pertuduhan, Farid Minta Dibicarakan

Sekianlah artikel Didakwa 4 Pertuduhan, Farid Minta Dibicarakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Didakwa 4 Pertuduhan, Farid Minta Dibicarakan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/didakwa-4-pertuduhan-farid-minta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :