Judul : Benarkah Diploma Kolej Vokasional tidak diiktiraf?
link : Benarkah Diploma Kolej Vokasional tidak diiktiraf?
Benarkah Diploma Kolej Vokasional tidak diiktiraf?
Kebelakangan ini beredar teks pesanan melalui wasap berkenaan isu tersebut.
Sangat mengecewakan kerana kenyataan yang telah disebarkan tidak secara menyeluruh menggambarkan isu sebenar.
Tambah lebih mengecewakan apabila ‘Guru Besar’ Kolej Vokasional yang batak pangkat menggunakan gelaran pengarah turut memberikan jawapan yang keseluruhanya mengecewakan apabila diajukan persoalan berkaitan oleh ibu bapa kepada pelajar.
Pengarah dan kakitangan Kolej Vokasional biasanya akan memberikan jawapan yang sangat kurang ajar iaitu ‘kalau nak harapkan anak jadi doktor… ini bukanlah tempatnya… memadailah anak-anak boleh cari makan dengan menjadi mekanik ataupun juru kimpal…’ ‘sedarlah sedikit kemampuan anak… kalau anak pandai… jangan hantar ke sini…’ itulah maksud tersirat di sebalik jawapan yang diberikan.
Sebelum saya melanjutkan penulisan saya, terlebih dahulu saya menzahirkan betapa saya mengeji sikap pengarah dan kakitangan Kolej Vokasional yang dengan sengaja menjatuhkan moral anak bangsa di bawah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Sebenarnya Kolej Vokasional bukanlah pusat latihan kemahiran berkualiti rendah asal boleh yang ditubuhkan oleh DS Najib dengan niat untuk menempatkan anak bangsa yang bodoh dan keciciran daripada bidang akademik.
Kolej Vokasional sebenarnya adalah alternatif pendidikan bagi menyaingi bidang pendidikan lain yang dipecahkan kepada dua iaitu hanya vokasional ataupun hanya akademik.
Kolej Vokasional adalah institusi pendiikan ‘hibrid’ yang menyediakan peluang bagi melahirkan pelajar yang pandai dari segi akademik dan berkemahiran dari segi vokasional.
Pelajar di Kolej Vokasional diberi latihan vokasional tetapi pada masa yang sama turut dikehendaki untuk menduduki peperiksaan BM setara SPM.
Malangnya pengarah dan kakitangan Kolej Vokasional biasanya akan memberi motivasi negatif supaya pelajar hanya lebih menekankan kepada sijil vokasional.
Mereka selalunya hanya ‘menyuruh’ para pelajar untuk lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Kononya itu adalah syarat minimum untuk mereka bekerja dengan kerajaan.
Disebalik kejayaan di paparkan di media masa mengenai kejayaan Pelajar Kolej Vokasional dalam menempatkan di sektor pekerjaaan tetapi berita berapa ramai pelajar Kolej Vokasional yang tercicir dalam mendapatkan Diploma Vokasional Malaysia kerana sudah terkandas di peringkat Sijil Vokasional Malaysia dimana mereka meninggalkan pengajian tanpa berbekal apa – apa sijil… disembunyikan … beritanya…
Penulis mempunyai kenalan anak di Kolej Vokasional dimana memaklumkan kepada penulis anak beliau telah diberhentikan daripada Kolej Vokasional di peringkat Sijil kerana kelayakan akademik yang lemah untuk memasuki Diploma.. Penulis dimaklumakan anak kenalan penulis mempunyai keputusan yang baik dalam modul Vokasional..Paling malang… anak kenalan penulis itu gagal mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia kerana Kolej Vokasional itu bukan Pusat Bertauliah yang di diktirakan oleh pihak JPK….
Pelik tapi benar.. tapi itu adalah hakikatnya… bagaimana Kolej Vokasional menjalankan fungsi sebagai pusat kemahiran tetapi tidak di iktiraf oleh pihak JPK…
Bayangkan pelajar berhempas pulas selama 2 tahun di pengajian di peringkat SVM…disebabkan oleh faktor akademik yang tidak melayak mereka untuk meneruskan pengajian di peringkat Diploma…mereka terkandas dan mereka tidak mendapat apa – apa sijil … malah tidak dapat Sijil Vokasional Malaysia malahan Sijil Kemahiran Malaysia… siapa yang patut dipersalahkan?
Penulis dimaklumkan oleh kenalan penulis sepatut anak beliau boleh meneruskan ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia yang diwawarkan oleh Kolej Vokasional.. disebabkan oleh faktor Kolej Vokasional itu bukan pusat bertauliah… menyebabkan anak penulis gagal meneruskan pengajian… keperingkat Diploma Kemahiran Malaysia… amat menyedihkan apabila inspirasi Kerajaan yang baik di gagalkan oleh pihak pengurusan Kolej Vokasional yang mengambil mudah mengenai masa depan anak bangsa….
Ini bermakna pelajar akan keluar daripada Kolej Vokasional dengan berbekalkan PT3 untuk bekerja .. amat menyediahkan….
Dimana peranana… guru besar… yang berstatus ‘ Pengarah ‘ dalam memastikan Kolej Vokaisonal masing masing diiktirafkan oleh JPK..
Bayangkanlah seandainya Kolej Vokasional mampu untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik dan sangat berkemahiran dari sudut vokasional.
Bukankah itu adalah satu produk pendidikan yang mengatasi segala produk lain pada peringkatnya ?
Saya berharap agar kerajaan memberi perhatian terhadap isu ini.
Jalankan siasatan dan intipan.
Jika benarlah perkara ini, pastikan pengarah dan kakitangan Kolej Vokasional diwajibkan menjalani sesi terapi dan kaunseling untuk membetulkan jajaran psikologi mereka.
The post Benarkah Diploma Kolej Vokasional tidak diiktiraf? appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Benarkah Diploma Kolej Vokasional tidak diiktiraf?
Anda sekarang membaca artikel Benarkah Diploma Kolej Vokasional tidak diiktiraf? dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/benarkah-diploma-kolej-vokasional-tidak.html