8 Agenda Hiburan Yang Menarik, Yang Dinanti-nanti di Tahun 2018

8 Agenda Hiburan Yang Menarik, Yang Dinanti-nanti di Tahun 2018 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 8 Agenda Hiburan Yang Menarik, Yang Dinanti-nanti di Tahun 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 8 Agenda Hiburan Yang Menarik, Yang Dinanti-nanti di Tahun 2018
link : 8 Agenda Hiburan Yang Menarik, Yang Dinanti-nanti di Tahun 2018

Baca juga


8 Agenda Hiburan Yang Menarik, Yang Dinanti-nanti di Tahun 2018

Berbaki beberapa hari saja lagi hari kita berada di tahun 2017. Tentunya ramai yang sudah tidak sabar untuk memulakan langkah baru di tahun 2018.

Industri hiburan tanah air juga bakal meriah dengan pelbagai agenda menarik seperti konsert artis tempatan dan antarabangsa, pementasan teater yang telah dijadual dan akan berlangsung antaranya :

1. Konsert Muzik Festival K-Wave 2

..

Januari 2018 dimulakan dengan konsert K-Wave 2 Music Festival yang bakal menampilkan barisan artis KPop terkenal iaitu Super Junior, Taeyeon, Mamamoo, A.C.E, Nu’est W, Tahiti dan Halo.

Konsert anjuran MacpiePro ini akan berlangsung pada 13 Januari 2018.
Tiket-tiket berharga dari RM498 (Hardcore Zone) sehingga RM34 (Alpha Package) telah pun dijual sejak Oktober 2017.

2. Konsert Sulung Wanna One

..

Menyusul selepas itu, kumpulan KPop sensasi masa kini Wanna One pula buat pertama kali akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon dijadual akan membuat persembahan pada 19 Januari, jam 8 malam di Stadium Negara.

Dianjurkan oleh IME Productions, tiket konsert yang diberi nama Wanna One 1st Fan Meeting In Kuala Lumpur: Wanna Be Loved itu telah mula dijual sejak Oktober 2017 dan dikhabarkan tiket di semua zon telah pun habis dijual dalam tempoh 24 jam.

3. SO7 Bikin Konsert

..

Lama tidak membuat persembahan di Malaysia, kumpulan dari Indonesia yang pernah mencipta nama di negara ini lebih sedekad lalu, Sheila On 7, akan kembali!

Menerusi konsert yang diberi nama Sheila On 7 – Live In Kuala Lumpur 2018, mereka akan menghibur sekaligus mengubat kerinduan peminatnya di sini bertempat di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, pada 10 Februari, jam 8.30 malam.

Tiket-tiket bermula harga RM315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver) telah mula dijual sejak 21 Disember lalu.

4. Incubus Datang Lagi

..

Berkunjung lagi ke Malaysia selepas kali terakhir pada tahun 2011, ikon Rock Alternatif dari Calabasas, California, Incubus, bakal mengadakan konsert pada 13 Februari tahun depan. Konsert diberi nama Incubus Live di Kuala Lumpur 2018 akan diadakan di KL Live.

Tiket-tiket sudah pun dijual mulai 1 Disember lalu menerusi talian http://ift.tt/1bNLODv. Harga tiket Incubus Live di Kuala Lumpur 2018 Malaysia bermula dengan harga RM238 (Early Bird) dan RM268 (Normal). Semua harga tiket termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk bayaran pemprosesan RM4.

5.Teater Muzikal Ola Bola

..

Dibawah arahan Puan Sri Tiara Jacquelina, pementasan Teater Muzikal Ola Bola akan bermula pada 18 Februari depan, di Istana Budaya.

Disebut-sebut sebagai teater paling mahal dalam sejarah pementasan teater yang di produksikan oleh Infiniti Prodction, Ola Bola The Musical diinspirasi daripada filem sebenar Ola Bola arahan pengarah Cheiu Keng Guan. Filem berkenaan berjaya mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM15.85juta ketika ditayangkan pada tahun 2016.

Tiket-tiket teater muzikal Ola Bola sudah dijual sejak 16 November 2017. Maklumat lanjut layari laman sesawang rasmi, http://ift.tt/2yOAoMp

6. John Legend Kat Genting

..

Penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat, John Legend akan mengadakan konsert Darkness and Light Tour in Malaysia pada 17 Mac sempena konsert jelajah Asia Tenggara. Penyanyi yang cukup hit dengan lagu All of Me dan Ordinary People ini akan menghiburkan peminat Malaysia Arena of Stars, Genting Highlands. Maklumat lanjut mengenai harga tiket bakal diumumkan kelak.

Ini merupakan persembahan kali ketiga John Legend di negara ini selepas kali pertama tampil pada Festival Muzik Sunburst KL (2011) dan konsert All of Me Tour di Dewan Plenary, KLCC (2014).

7. Konsert KRU 25 Tahun

..

Kumpulan trio adik-beradik KRU (Norman, Yusry, Edry) bakal menggegarkan pentas Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei 2018 menerusi Konsert KRU25 bersempena 25 tahun pembabitan mereka sebagai anak seni sejak tahun 1992 lagi. Tiket-tiket berharga dari RM158 (tidak termasuk GST). Maklumat lanjut hubungi talian hotline 03-22760038.

8. Bruno Mars Singgah KL

..

Penyanyi popular Bruno Mars tidak melupakan Kuala Lumpur dalam siri konsert jelajahnya yang diberi nama The Bruno Mars 24K Magic World Tour. Malaysia dipilih sebagai negara Asia ketiga selepas Jepun dan Manila.

Konsert tersebut bakal berlangsung pada 9 Mei di Axiata Arena, Stadium Sukan Bukit Jalil.

The post 8 Agenda Hiburan Yang Menarik, Yang Dinanti-nanti di Tahun 2018 appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 8 Agenda Hiburan Yang Menarik, Yang Dinanti-nanti di Tahun 2018

Sekianlah artikel 8 Agenda Hiburan Yang Menarik, Yang Dinanti-nanti di Tahun 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 8 Agenda Hiburan Yang Menarik, Yang Dinanti-nanti di Tahun 2018 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2018/01/8-agenda-hiburan-yang-menarik-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :