Judul : Wanita maut, kepala putus dalam kemalangan
link : Wanita maut, kepala putus dalam kemalangan
Wanita maut, kepala putus dalam kemalangan
Seorang wanita maut dalam keadaan negeri apabila kepalanya terputus selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 46.4 arah selatan Lebuh Raya Utara -Selatan Hubungan Tengah (Elite) pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superitendan Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang berusia 22 tahun memandu seorang diri di lorong paling kanan jalan.
“Namun kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan sebelah kanan sebelum berhenti.
“Akibatnya, mangsa tercampak keluar dari keretanya dan terkena papan tanda penunjuk arah yang menyebabkan kepalanya terputus,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
The post Wanita maut, kepala putus dalam kemalangan appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Wanita maut, kepala putus dalam kemalangan
Anda sekarang membaca artikel Wanita maut, kepala putus dalam kemalangan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/wanita-maut-kepala-putus-dalam.html