Judul : Terkilan Gambar, Nama Diguna Tanpa Kebenaran
link : Terkilan Gambar, Nama Diguna Tanpa Kebenaran
Terkilan Gambar, Nama Diguna Tanpa Kebenaran
Kecewa kerana gambarnya digunakan tanpa kebenaran, vokalis Amy Search menerusi laman Instagram miliknya menjelaskan beliau langsung tidak terbabit dalam mempromosikan produk minuman tersebut.
Lapor Harian Metro, Amy berkata, beliau tidak mewakili produk itu sebaliknya hanya melayan kehendak peminat yang meminta dia bergambar sambil memegang kotak teh.
“Saya diminta untuk bergambar ketika selesai menjalani satu sesi rakaman. Tak sangka pula mereka menggunakan gambar serta nama saya untuk promosi iklan di Facebook,” katanya.
Menurutnya, iklan itu ditemui isterinya yang turut disertai nombor telefon penjual. Dia terus menghubungi penjual berkenaan namun individu itu mendakwa dia mendapat kebenaran untuk menggunakan gambar itu bagi tujuan promosi.
Tegas Amy lagi, dia bukan peminum teh dan tidak mungkin akan mempromosikan produk kesihatan yang tidak tahu latar belakangnya.
“Bagaimana kalau pengguna produk itu berhadapan kesan sampingan yang buruk? Tentunya, orang akan menyalahkan artis yang ada dalam gambar promosi itu.
“Kalau betul ada produk kesihatan yang menjadikan saya jurucakap atau sebagainya, saya akan melakukan kajian mengenai produk serta latar belakang syarikat terlebih dulu dan tidak sewenang-wenangnya akan terima,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini, Amy dan pengurusannya tidak akan mengambil tindakan undang-undang.
The post Terkilan Gambar, Nama Diguna Tanpa Kebenaran appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Terkilan Gambar, Nama Diguna Tanpa Kebenaran
Anda sekarang membaca artikel Terkilan Gambar, Nama Diguna Tanpa Kebenaran dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/terkilan-gambar-nama-diguna-tanpa.html