Judul : Tamat Kontrak Bukan Sebab Masalah Disiplin
link : Tamat Kontrak Bukan Sebab Masalah Disiplin
Tamat Kontrak Bukan Sebab Masalah Disiplin
Khidmat Shahrol (Shiro) sebagai penyampai radio Suria FM tamat bukan disebabkan masalah disiplin sebaliknya pelawak itu menerima tawaran di stesen radio swasta lain.
Memetik laporan mStar online, pelawak berkenaan telah berbincang dengan pihak stesen radio berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya.
“Bukan sebab masalah disiplin atau komitmen, tapi dia dapat tawaran lebih baik daripada Best FM dan saya hormati keputusan dia untuk berhijrah.
“Kami sudah menawarkan gaji lebih tinggi tapi mungkin hati dia sudah di sana, jadi kita lepaskan sahaja,” kata Pengurus Program Suria FM, Dj Lin, seperti yang dilaporkan mStar Online.
Beliau berkata demikian sekaligus menafikan dakwaan pemberhentian pelawak tersebut adalah berkaitan masalah disiplin dan prestasi kerja yang kurang memuaskan.
Shahrol mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria bersama Zulin Aziz dan Fizi Ali selama tiga bulan.
The post Tamat Kontrak Bukan Sebab Masalah Disiplin appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tamat Kontrak Bukan Sebab Masalah Disiplin
Anda sekarang membaca artikel Tamat Kontrak Bukan Sebab Masalah Disiplin dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/tamat-kontrak-bukan-sebab-masalah.html