Selebriti perah keringat demi Rohingya

Selebriti perah keringat demi Rohingya - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selebriti perah keringat demi Rohingya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selebriti perah keringat demi Rohingya
link : Selebriti perah keringat demi Rohingya

Baca juga


Selebriti perah keringat demi Rohingya

BARISAN pemain bola sepak selebriti dari pasukan Super Lawak FC bakal memerah keringat mereka demi membantu masyarakat Islam Rohingya melalui satu perlawanan amal #SINAR4ROHINGYA esok.

Kehebatan permainan Super Lawak FC akan teruji apabila mereka berdepan dengan pasukan Pilihan Sinar Harian/Smart Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) jam 8.30 malam esok.

Menurut Penyelaras Sekteriat #SINAR4ROHINGYA, Lailatun Halilah Nasir, perlawanan amal anjuran Kelab Generasi Sahabat Dinamik Malaysia (Genesis) dan Sinar Harian Edisi Selangor/KL itu bertujuan mengumpul dana bagi tabung #SINAR4ROHINGYA yang diselaraskan oleh Sinar Harian.

Menurut beliau, Sekteriat #SINAR4ROHINGYA juga berterima kasih kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor yang sudi bekerjasama menjayakan program amal ini dan juga MBPJ yang menjadi penaja venue perlawanan.

“Kami sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai program amal bagi mengisi tabung Sinar4Rohingya yang digerakkan sejak lima bulan lalu oleh Sinar Harian dengan sokongan pelbagai NGO lain.

“Perlawanan amal ini juga sebagai salah satu platform kita untuk mengajak masyarakat menghulurkan sumbangan sambil menonton perlawanan bolasepak antara Super Lawak FC dan Pilihan Sinar Harian/Smart Selangor,” katanya.

Jelas Lailatun lagi, pas masuk berharga RM5 sudah mula diedarkan kepada orang ramai dan bagi mereka yang ingin menonton perlawanan sambil beramal boleh mendapatkan pas masuk itu di kaunter tiket Stadium MBPJ bermula jam 3 petang esok.

“Kesemua hasil kutipan pas masuk itu akan disalurkan terus kepada tabung #SINAR4ROHINGYA,” jelasnya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada badan-badan korporat dan NGO yang sudi menaja pas masuk kepada orang ramai seperti Kumpulan Perangsang Selangor, Majlis Belia Malaysia, Restoran Kedai Bonda,  Litrak dan juga Persatuan Alumni Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah.

“Datanglah beramai-ramai ke Stadium MBPJ malam ini untuk menyaksikan perlawanan amal ini.

“Penonton juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada artis popular tanahair seperti Ronnie Husin, Nabila Razali dan juga seorang pendatang baharu, Aiman Akasyah,” katanya.

The post Selebriti perah keringat demi Rohingya appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Selebriti perah keringat demi Rohingya

Sekianlah artikel Selebriti perah keringat demi Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selebriti perah keringat demi Rohingya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/selebriti-perah-keringat-demi-rohingya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :