Judul : ‘Salahkah apa yang kami buat?’
link : ‘Salahkah apa yang kami buat?’
‘Salahkah apa yang kami buat?’
Hati mana yang tidak kecewa apabila penat lelah menceriakan kawasan terbiar akhirnya menjadi sia-sia.
Itu nasib menimpa sekumpulan anak muda yang mengambil inisiatif mengubah kawasan bangunan bekas kilang dedak lama di Jalan Tun Ali, di sini daripada sebuah tempat dipenuhi sampah dan menjadi sarang penagih, kepada tempat rekreasi untuk anak-anak muda.
Tambah menarik lagi, sebahagian permukaan dinding bangunan usang berkenaan dihiasi dengan lukisan grafiti hasil kreativiti anak remaja tempatan dan pelancong asing.
Usaha dilakukan sejak dua tahun lalu ternyata berhasil apabila kawasan berkenaan menjadi tumpuan ramai penggemar sukan skateboard termasuk pelancong asing.
Ia turut menarik minat ramai pasangan pengantin pelbagai bangsa mengadakan penggambaran, malah beberapa artis tempatan juga dikatakan pernah menjalankan penggambaran video klip mereka di situ.
Difahamkan, lebih RM15,000 dihabiskan untuk menceriakan kawasan berkenaan menerusi wang yang dikumpul dari poket kalangan mereka serta sumbangan beberapa ahli politik dan tokoh perniagaan.
Semua itu dibelanjakan dengan hasrat untuk membersihkan kawasan berkenaan serta kos membeli pelbagai kemudahan riadah termasuk lampu limpah dan mesin janakuasa.
Bagaimanapun, kira-kira seminggu lalu, segala keceriaan itu hilang akibat ‘dimusnahkan’ pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertindak memadamkan semua lukisan grafiti.
Bahkan, beberapa kemudahan riadah di situ turut diangkut.
Presiden Kelab Skateboard Belia Melaka, Nizam Misni berkata, tindakan PBT itu mengecewakan mereka memandangkan setiap hari tidak kurang 200 orang anak muda akan tertumpu di kawasan tersebut.
“Sudah dua tahun kami usahakan tempat ini. Asalnya dulu kotor, lumpur setebal dua inci, kami angkut sampah hampir 20 lori sampai subuh. Keluar modal dari poket sendiri dan tabung kelab. Sebulan nak kemaskan tempat ini, tiba-tiba mereka senang sahaja musnahkan.
“Tempat ini asalnya terbiar, sampai tiada orang pun yang berani lalu di sini pada waktu malam. Tetapi bila kami ubah tempat ini, terus jadi tumpuan ramai. Peniaga sekitar pun suka sebab beri kesan baik pada perniagaan mereka.
“Apa yang PBT buat mendatangkan kebencian anak muda. Malah, bila kami masukkan ke dalam media sosial, ramai yang tidak puas hati dan pelancong asing pun turut beri respons melahirkan kemarahan mereka,” katanya.
Menurutnya, grafiti dilakukan remaja itu bukan lukisan berunsur negatif, bahkan tidak langsung menyentuh soal politik.
“Memang PBT ada kuasa tetapi sekurang-kurangnya berundinglah dulu dengan kami sebab kami dah keluarkan banyak wang ringgit dan tenaga,” katanya ketika di temui di lokasi berkenaan.
Nizam yang juga anak tempatan di kawasan berkenaan berkata, apa yang mereka lakukan juga mendapat sokongan pemimpin setempat.
“Kami dah rujuk JKKK dan mereka lagi suka sebab kami bersihkan tempat ini dari sebelumnya menjadi sarang penagih. Kami baru cadang nak lukis gambar beberapa pemimpin dan buat lukisan 3D seperti mana di Pulau Pinang sehingga menjadi tumpuan ramai pelancong tetapi harapan kami dimusnahkan,” katanya.
Kekecewaan Nizam juga dipersetujui peniaga berhampiran, Loh Chok Wah, 68.
Chok Wah berkata, sejak lokasi berkenaan menjadi tumpuan ramai remaja, ia membantu menceriakan suasana dan memberi kesan baik kepada perniagaannya.
“Tengok hari ini seorang pun dah tak datang. Dah jadi sunyi sepi tanpa sebarang aktiviti di sini,” luahnya.
Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Hussin ketika dihubungi berkata, MBMB memang tidak membenarkan kumpulan remaja berkenaan menconteng dinding terbabit.
“Ini bukan tempat yang sesuai. Saya berharap mereka carilah lokasi lebih sesuai untuk bermain skateboard sebab kawasan terbabit adalah bangunan industri lama dan bahaya untuk mereka.
“Lagipun, kita sebenarnya sudah merancang untuk membuat balai seni lukis kontemporari bernilai RM40 juta,” katanya.
The post ‘Salahkah apa yang kami buat?’ appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel ‘Salahkah apa yang kami buat?’
Anda sekarang membaca artikel ‘Salahkah apa yang kami buat?’ dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/salahkah-apa-yang-kami-buat.html