Salah ejen kami

Salah ejen kami - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Salah ejen kami, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Salah ejen kami
link : Salah ejen kami

Baca juga


Salah ejen kami

SYARIKAT By Dr Azlan menjelaskan tidak terbabit dalam pengambilan dan penggunaan gambar penyanyi Amy Search yang memegang kotak produk seperti yang dipaparkan dalam Instagram milik penyanyi itu, minggu lalu.

Peguam mewakili syarikat itu, Shahrulazwad Ismail berkata, syarikat terbabit tidak pernah merancang untuk melantik apatah lagi menipu Amy Search.

“Pihak syarikat mengetahui isu ini selepas gambar terbabit dipaparkan di Instagram Amy sebelum dilaporkan dalam beberapa media.

“Selepas menyiasat, didapati ia perbuatan salah satu wakil ejen produk ini yang menggunakan khidmat orang tengah untuk mendapatkan gambar Amy memegang produk berkenaan.

“Gambar berkenaan seterusnya diletakkan ‘watermark’ nama dan nombor telefon ejen terbabit sebelum dikongsikan di laman Facebook rasmi kendaliannya. Pihak syarikat kesal dengan salah faham berlaku,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir, Pengasas NMH Legacy, Datuk Dr Norazlanshah Hazali dan Pengarah urusan NMH Legacy, Datuk Mashita Masri.

Shahrulazwad juga berkata, tindakan Amy itu bukan strategi pemasaran produk mereka seperti didakwa segelintir pihak.

Sebaliknya, perkataan penipuan diletakkan Amy pada gambar itu dan dimuat naik pada IG miliknya menimbulkan pelbagi reaksi negatif orang ramai terhadap syarikat dan produk mereka.

“Ini bukan satu strategi daripada syarikat bagi melariskan produk. Kami ada cara tersendiri memasarkan produk seperti iklan di TV dan radio.

“Syarikat sudah memberi amaran kepada ejen terbabit dan juga kepada semua ejen produk. Malah, ejen ini juga dalam pemerhatian syarikat.

“Diharapkan penjelasan ini dapat menghentikan serta merta semua persepsi dan prasangka buruk terhadap produk dan nama syarikat,” katanya.

Menurut Shahrulazwad, pihaknya terbuka berjumpa Amy atau wakil penyanyi itu bagi menjernihkan lagi keadaan.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, Amy berkongsi gambar dia memegang produk yang diletakkan perkataan PENIPUAN di laman Instagram miliknya.

Menerusi keterangan gambar itu, menyeru supaya pengasas atau pemilik produk kesihatan menggunakan saluran yang betul sekiranya mahu menggunakan nama artis.

Menerusi laporan akhbar ini, Amy menjelaskan dia tidak mewakili produk kesihatan itu yang menggunakan gambar serta namanya untuk tujuan promosi.

The post Salah ejen kami appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Salah ejen kami

Sekianlah artikel Salah ejen kami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Salah ejen kami dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/salah-ejen-kami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :