Judul : Rasa sangat dihargai!
link : Rasa sangat dihargai!
Rasa sangat dihargai!
Tidak menyangka dinobatkan sebagai Ratu Telenovela Serba Dinamik pada malam Anugerah Telenovela 2017 baru-baru ini, pelakon Emma Maembong terharu dengan penghargaan yang diberi.
Emma, 25, berkata, pada awalnya dia hadir sekadar memeriahkan majlis di samping mendapat tahu namanya tercalon dalam Pelakon Wanita Popular, namun tidak memenangi kategori berkenaan.
“Saya memang terkejut dan tidak menyangka diberi penghargaan seperti ini. Sepanjang lima tahun terbabit dalam bidang lakonan, rasa sangat dihargai apabila anugerah ini dinilai sendiri oleh juri profesional.
“Pelbagai perkara saya lalui, malah pada awal pembabitan orang kata saya pelakon kayu dan beberapa tahun selepas itu ada pula yang berkata berlakon hanya kerana rupa,” katanya.
Emma berkata, kata-kata itu sedikit pun tidak melunturkan semangatnya, sebaliknya dia berusaha untuk memperbaiki kelemahannya dari segi lakonan.
“Alhamdulillah rasa sangat gembira apabila bakat saya dinilai sendiri dan dihargai juri yang antaranya pelakon senior,” katanya.
Selain memenangi anugerah berkenaan, Emma turut merangkul anugerah Pelakon Wanita Prolifik.
Sementara itu, pasangannya, Kamal Adli turut memenangi anugerah dalam kategori yang sama.
Malam kemuncak Anugerah Telenovela 2017 diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Sebanyak 39 kategori dipertandingkan membabitkan 24 drama dan telenovela popular yang diangkat daripada novel atau karya yang dibukukan.
Drama Suri Hati Mr Pilot memenangi keseluruhan anugerah dalam kategori popular iaitu Novel Popular dan Telenovela Popular.
Manakala pelakon gandingannya, Fattah Amin dan Neelofa pula mendapat undian tertinggi peminat menerusi Pelakon Lelaki serta Wanita Popular.
Tokoh Penghibur Sepanjang Zaman diberikan kepada Hamid Gurkha.
Sementara itu, pelakon yang membintangi drama Mr Boss, Miss Stalker, Ashraf Muslim dan Mia Ahmad masing-masing menerima anugerah Pelakon Lelaki serta Wanita Terbaik.
Anugerah Tokoh Veteran yang terdiri daripada Primadona Telenovela diberikan pada pelakon Fauziah Nawi dan Datuk Seri Maria Menado dinobatkan sebagai Seniwati Lagenda.
Majlis pada malam itu diacarakan Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar bersama isterinya yang juga pelakon, Farisha Irwayu.
Persembahan artis diserikan oleh nyanyian termasuk daripada Haqiem Rosli dan Baby Shima.
Senarai Pemenang Anugerah:
Novel Popular – Suri Hati Mr Pilot
Telenovela Popular – Suri Hati Mr Pilot
Pelakon Lelaki Popular Filem – Zizan Razak
Pelakon Wanita Popular Filem – Nur Fazura
Pelakon Lelaki Popular Drama – Alif Satar
Pelakon Wanita Popular Drama – Syatilla Melvin
Pelakon Lelaki Popular – Fattah Amin
Pelakon Wanita Popular – Neelofa
Ratu Telenovela Serba Dinamik – Emma Maembong
Novel Adaptasi Terbaik – Langit Cinta
Novelis Terbaik – Siti Rosmizah (7 Hari Mencintaku)
Novel Terbaik – 7 Hari Mencintaiku
Telenovela Terbaik – Mr. Boss, Miss Stalker
Pelakon Lelaki Terbaik – Ashraf Muslim
Pelakon Wanita Terbaik – Mia Ahmad
Pengarah Terbaik – Heykal Hanifah (Mr. Boss, Miss Stalker)
Penulis Skrip Terbaik – Sofia J Rhyland (Mr. Boss, Miss Stalker)
Penerbit Novel Terbaik – SR Publication (7 Hari Mencintaiku)
Penerbit Telenovela Terbaik – Saphire Screen Sdn Bhd
Stesen Penyiar Telenovela Paling Popular – TV3
Stesen Penyiar Telenovela Paling Banyak Ditonton – Slot Akasia TV3
Stesen Penyiar Telenovela Prolifik – Astro
Stesen Penyiar IPTV – HyppTv
Pengarah Telenovela Prolifik – Michael Ang
Pelakon Lelaki Prolifik – Kamal Adli
Pelakon Wanita Prolifik – Emma Maembong
Penerbit Novel Prolifik – Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Penerbit Telenovela Prolifik -Global Station Sdn Bhd
Penerbit Telenovela Dinamik – Dark Wave Picture Sdn Bhd
Pelakon Lelaki Sensasi – Fattah Amin
Pelakon Wanita Sensasi – Janna Nick
Novelis Best Seller – Penulisan2u
Anugerah Khas – Seindah Takdir Cinta, Angin Cinta, Langit Cinta, Redza Rosli dan Faye Kusairi
Primadona Telenovela – Fauziah Nawi
Seniwati Lagenda – Datuk Seri Maria Menado
Tokoh Penghibur Sepanjang Zaman – Hamid Gurkha
The post Rasa sangat dihargai! appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Rasa sangat dihargai!
Anda sekarang membaca artikel Rasa sangat dihargai! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/rasa-sangat-dihargai.html