Judul : Peminat Obses Ugut Mahu Bunuh
link : Peminat Obses Ugut Mahu Bunuh
Peminat Obses Ugut Mahu Bunuh
Penyanyi meraih populariti menerusi lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita mendedahkan dirinya menjadi mangsa segelintir peminat yang tidak berpuas hati dengannya.
Paling mengejutkan, gadis manis berusia 24 tahun ini pernah menerima ugutan bunuh tanpa sebab yang munasabah daripada peminat yang obses terhadap dirinya.
“Kejadian ini sudah lama berlaku, sekitar beberapa bulan lalu di mana ada salah seorang peminat yang cuba mendapatkan perhatian daripada saya dengan cara memberikan ugutan sebegitu.
“Pada mulanya saya agak terkesan juga dengan kejadian ini dan cuba mencari apa salah yang telah saya lakukan sehingga dia bertindak sedemikian rupa.
“Namun selepas itu saya sedar dia hanya mahukan perhatian daripada saya dan bertindak begitu kerana saya tidak membalas komen-komen yang ditulisnya,“ katanya seperti yang dilapor Sinar Harian.
Menganggap ia sebagai lumrah menjadi insan yang dikenali ramai, Wany tidak melihat ia sebagai sesuatu yang serius sehingga perlu mengambil tindakan undang-undang.
“Saya percaya ia hanyalah respons daripada peminat yang inginkan perhatian dan ia tidak lebih dari itu.
“Selalunya saya akan delete sahaja komen atau mesej-mesej yang keterlauan dan tidak sesuai untuk di baca.
“Jika perlu saya juga akan menyekat akses mereka ke akaun saya, tapi biasalah jika mereka ini memang mempunyai niat yang tidak baik, mereka akan muncul kembali dengan akaun palsu dengan tujuan yang sama,” kata Wany lagi.
Menurut Wany, sebagai manusia biasa dia memang tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
Namun dia sebolehnya cuba untuk sentiasa menjaga tingkah laku agar tidak memberikan ruang kepada netizen untuk mencari salah dirinya.
The post Peminat Obses Ugut Mahu Bunuh appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Peminat Obses Ugut Mahu Bunuh
Anda sekarang membaca artikel Peminat Obses Ugut Mahu Bunuh dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/peminat-obses-ugut-mahu-bunuh.html