Judul : Pelancaran Fawaarriors, Farah Nabila hargai peminat
link : Pelancaran Fawaarriors, Farah Nabila hargai peminat
Pelancaran Fawaarriors, Farah Nabila hargai peminat
DRAMA Titian Cinta di Slot Akasia TV3 baru-baru ini, mencipta fenomenanya tersendiri apabila siarannya mencecah rating 11 juta penonton sekali gus menaikkan nama pelakon utamanya, Farah Nabilah.
Biarpun memulakan kerjaya lakonannya sekitar 2011, Farah terpaksa melupakan seketika karier seni demi melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi selama empat tahun.
Farah hanya benar-benar aktif pada 2016 menerusi penampilannya dalam beberapa buah drama seperti Inikah Cinta, Papa Ricky, Tersuka Tanpa Sengaja Raya, Mati Tunggu Sekejap, Tumbangkan Masjid Al Ansar, Imam Mudaku Romantis dan lain-lain.
Seiring penglibatannya dalam bidang seni, sebuah komuniti peminat telah ditubuhkan sebagai tanda sokongan kepada pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini menerusi kelab peminat yang dikenali Fawaarriors.
Fawaarriors yang ditubuhkan pada Januari 2016, kini dilancarkan secara rasmi Farah sekali gus memperkenalkan logo baru kelab peminatnya di Ruang, Subang Jaya baru-baru ini.
Penubuhan kelab peminat ini bertujuan memberi peluang kepada para peminat Farah untuk mengenalinya dengan lebih dekat menerusi pelbagai aktiviti yang bakal dirancang pada 2018 dan seterusnya.
Setakat ini, Fawaarriors begitu aktif di laman media sosial seperti Twitter dan Instagram dengan pengikut mencecah 30 ribu di mana peminat-peminat Farah boleh mengikuti perkembangan aktiviti karier seni pelakon ini melalui laman media sosial berkenaan atas nama Fawaarriors selain laman media sosial rasmi Farah sendiri.
“Di awal penubuhannya dulu, Farah agak terkejut bila ada peminat yang sudi tubuhkan fan club untuk Farah kerana ketika itu Farah masih terlalu baru dalam bidang seni.
“Namun bila melihatkan kesungguhan mereka dengan sokongan yang tidak pernah putus dari dulu sehinggalah drama terbaru Farah, Titian Cinta mendapat sambutan hangat, Farah perlu memberikan kepada Fawaarriors ini.
“Segala urusan berkaitan kelab peminat diuruskan oleh pengurus Farah dan insya-ALLAH Farah akan cuba melibatkan diri dengan sebaik mungkin dalam segala aktiviti yang akan diadakan nanti,” ujar Farah.
The post Pelancaran Fawaarriors, Farah Nabila hargai peminat appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pelancaran Fawaarriors, Farah Nabila hargai peminat
Anda sekarang membaca artikel Pelancaran Fawaarriors, Farah Nabila hargai peminat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/pelancaran-fawaarriors-farah-nabila.html