Nahas tiga beradik: Ibu bapa pulang ke tanah air

Nahas tiga beradik: Ibu bapa pulang ke tanah air - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nahas tiga beradik: Ibu bapa pulang ke tanah air, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nahas tiga beradik: Ibu bapa pulang ke tanah air
link : Nahas tiga beradik: Ibu bapa pulang ke tanah air

Baca juga


Nahas tiga beradik: Ibu bapa pulang ke tanah air

Ibu bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Batu Putih di sini hari ini, akan kembali ke tanah air esok untuk urusan pengebumian insan tersayang mereka.

Seorang daripada saudara mangsa kemalangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Basir berkata, berita pemergian tiga beradik itu disampaikan oleh ejen pengurusan umrah yang disertai anggota keluarga mangsa.

“Saya difahamkan berita sedih itu diterima ibu dan bapa mangsa semasa mereka sedang melakukan tawaf umrah. Mereka reda dengan pemergian tiga beradik itu.

“Mereka juga membuat keputusan pulang ke Malaysia untuk melihat anak mereka buat kali terakhir. Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11 pagi esok dan terus bertolak ke Kemaman,” katanya.

Basir berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.

Pada awal pagi tadi, tiga beradik, Wan Nur Athirah Wan Kamaruzzaman, 27, Wan Nur Afifah, 25, dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, 14, terkorban selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam parit.

Kemalangan pada jam 5 pagi itu juga menyebabkan ibu saudara mereka Salmah Ibrahim, 58, dan anaknya Nurul Aliani Zawawi, 25, cedera di muka dan sedang dirawat di HTAA.

Kejadian berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang ke Kemaman, Terengganu selepas menghantar ibu bapa mereka, Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad dan Rosnani Ibrahim serta adik mereka Wan Nur Aqilah ke KLIA untuk mengerjakan umrah pada Khamis lalu.

Basir juga memaklumkan bahawa jenazah tiga beradik itu dibawa ke Hospital Kemaman pada malam ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapur, Binjai pada esok, selepas ketibaan anggota keluarga mangsa.

The post Nahas tiga beradik: Ibu bapa pulang ke tanah air appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nahas tiga beradik: Ibu bapa pulang ke tanah air

Sekianlah artikel Nahas tiga beradik: Ibu bapa pulang ke tanah air kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nahas tiga beradik: Ibu bapa pulang ke tanah air dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/nahas-tiga-beradik-ibu-bapa-pulang-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :