Judul : Mimi dan bekas suami masih berkawan baik
link : Mimi dan bekas suami masih berkawan baik
Mimi dan bekas suami masih berkawan baik
BEBERAPA hari yang lalu penyanyi Mimifly telah menjelaskan mengenai berita perceraiannya.
Akuinya di Instagram, mereka telah berpisah dalam bulan Disember ini.
“Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab tapi Mimi rasa tak salah untuk kami berdua dapat melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat.
“Tuhan saja yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya tertulis buat kami, jadi Mimi harap tiada yang cuba utk menokok tambah cerita hanya kerana bukti-bukti yang sesungguhnya tidak sama sekali benar,” jelasnya.
Mimi turut berharap agar tiada sebarang spekulasi berhubung perceraiannya itu.
“Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya tapi sila hormat perasaan dan kerunsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami,” tulisnya.
Biarpun sudah berpisah namun Mimi dan bekas suaminya masih berkawan baik.
“Firdaus adalah kawan sejati Mimi semenjak umur Mimi 13 tahun. Jangan sesekali berfikiran yang anda lebih tahu hakikat di sebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang dah kami jernihkan bersama.
“Dengan itu salam sayang dari saya semoga anda semua bahagia dan doakanlah yang terbaik buat saya dan bekas suami,” kata Mimi.
Sempat juga Mimi tinggalknn pesanan buat bekas suaminya itu.
“Buat fidi. I wish you all the love in the world cuz honestly…you deserve em all. You are still indeed one of the best person I’ve ever known my whole life and for what its worth. I love you and I hope you will be the man that u promised me u wanna be. Much love.
Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 30,dan Firdaus, berkahwin pada 16 Mei 2015.
The post Mimi dan bekas suami masih berkawan baik appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Mimi dan bekas suami masih berkawan baik
Anda sekarang membaca artikel Mimi dan bekas suami masih berkawan baik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/mimi-dan-bekas-suami-masih-berkawan-baik.html