Judul : Lan Solo jalani pembedahan buasir
link : Lan Solo jalani pembedahan buasir
Lan Solo jalani pembedahan buasir
PENYANYI Lan Solo memaklumkan bahawa dia akan menjalani pembedahan bagi mengubati penyakit buasir yang dihadapi selama ini.
Menurut Lan, temu janji untuk pembedahan tersebut akan dibuat pada minggu hadapan.
“Sebenarnya saya perlu menjalani pembedahan dengan segera namun oleh kerana saya mahu teruskan perjuangan dalam Gegar Vaganza ini sehingga selesai, sama ada berjaya final atau tersingkir awal, jadi saya ambil keputusan untuk tangguhkan dulu.
“Sepanjang tempoh masa menahan kesakitan itu, saya buat rawatan di rumah, kecutkan bahagian bengkak, rendam bahagian sakit dgn ais, dan makan ubat. Saya juga perlu menjaga pemakanan utk mengelakkan masalah pembuangan,” katanya.
Lan yang mendapat tempat ketiga dalam Gegar Vaganza musim keempat turut meluahkan rasa syukurnya.
“Alhamdulillah, syukur dapat tempat ketiga. Kini GV sudah selesai dan saya akan segera jalani pembedahan bagi memudahkan segala urusan kerja saya pada masa depan kelak,” jelasnya.
Sebelum ini, Lan nyaris tersingkir pada minggu keenam akibat penyakit tersebut yang telah menjejaskan persembahannya.
The post Lan Solo jalani pembedahan buasir appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Lan Solo jalani pembedahan buasir
Anda sekarang membaca artikel Lan Solo jalani pembedahan buasir dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/lan-solo-jalani-pembedahan-buasir.html