Judul : Lan, Hazami beza mata 0.4 peratus
link : Lan, Hazami beza mata 0.4 peratus
Lan, Hazami beza mata 0.4 peratus
RAMAI yang terkejut dengan kemenangan di antara Lan Solo dan Hazami di pentas akhir Gegar Vaganza 4 (GV4).
Secara tidak langsung, keadaan itu menyebabkan ramai netizen melahirkan rasa tidak puas hati sekali gus menimbulkan perbalahan kecil di antara kedua-dua peminat selebriti tersebut.
Mengulas lanjut, juri tetap GV4, Datuk Ramli MS berkata, kedua-dua penyanyi tersebut mendapat markah 70 peratus tetapi dengan perbezaan tipis 0.4 peratus.
Jelasnya, faktor itu disebabkan oleh beberapa kesalahan yang dilakukan Hazami sewaktu persembahan berlangsung.
“Waktu pusingan battle, Hazami lupa lirik manakala ketika menyanyi solo pula dia ‘bergoyang’. Itulah point yang saya berikan,” katanya.
Memahami situasi Hazami, katanya, situasi itu berlaku mungkin disebabkan rasa gementar.
“Sewaktu latihan, semuanya sempurna, mungkin kerana tiada penonton dan tekanan seta kelonggaran sepanjang latihan.
“Malah, dia juga kelihatan tenang dan tak risau mengenai soal teknikal dan dapat menjiwainya. Jadi, saya anggap dia bagus,” katanya.
Turut menyokong kenyataan itu ialah Hetty Koes Endang yang juga merupakan juri tetap GV4.
Katanya, ada beberapa pergerakan Hazami yang mempengaruhi mutu persembahannya.
“Markah malam ini sangat tipis tapi bukan bermaksud tangga keempat dia tak bagus.
“Sesiapa saja yang masuk pertandingan jangan sesekali ambil risiko untuk menyanyi sambil duduk kerana ia mempunyai perbezaan.
“Bagi saya apabila dia bermain piano dan berjalan ia mempengaruhi cara nyanyian yang menyebabkannya bergetar. Jadi, kena hati-hati,” katanya.
The post Lan, Hazami beza mata 0.4 peratus appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Lan, Hazami beza mata 0.4 peratus
Anda sekarang membaca artikel Lan, Hazami beza mata 0.4 peratus dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/lan-hazami-beza-mata-04-peratus.html