Judul : Kemesraan Agnez Monica-Chris Brown
link : Kemesraan Agnez Monica-Chris Brown
Kemesraan Agnez Monica-Chris Brown
Sejak kebelakangan ini kisah keintiman Agnez Monica dan bekas kekasih Rihanna, Chris Brown menjadi bualan pengikut laman sosial selepas beberapa foto yang menunjukkan kemesraan mereka tersebar di internet.
Terbaru, Agnez memuat naik di laman Instagram miliknya, sekeping foto ketika dia bersama Chris menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran DJ Khaled.
Lapor Dailymail, Agnez bukan saja sudah mengatur langkah memacu kariernya di Amerika Syarikat malah penyanyi popular Indonesia itu dikatakan menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan dengan orang yang sama bidang.
“Ketika mereka berada di majlis itu, mereka tidak menjadi perhatian dan mereka juga tidak ‘berpose’ bersama.
“Mereka berdua menghabiskan sebahagian besar malam itu dengannduduk di kawasan yang cukup gelap, rasanya mereka mengelak dari foto mereka dirakamkan.
“Mereka seperti sedang berbincang mengenai sesuatu walaupun ada getaran yang terlihat dan tentu mereka lebih dari sekadar teman,” lapor satu lagi media antarabangsa, HollywoodLife.
..
Gosip dua bintang ini mula timbul sejak bulan lalu selepas masing-masing memuat naik foto di Instagram menunjukkan mereka sangat mesra di dalam sebuah studio rakaman,
Ramai peminat membuat spekulasi bahwa Chris mengambil kesempatan untuk projek kolaborasi bersama Agnez.
Ada juga peminat yang berharap agar mereka kekal sebagai pasangan. Pun begitu, ada yang tertanya-tanya sejauh mana kebenaran dakwaan kononnya Agnez dan Crhis menjalin lebih dari sekadar kawan.
Setakat ini Chris belum membuat sebarang kenyataan mengenai gosip asmaranya dengan Agnez.
Sementara Agnez pula seperti yang diketahui sudah bertunang dengan atlet bola keranjang, Wijaya Saputra.
The post Kemesraan Agnez Monica-Chris Brown appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kemesraan Agnez Monica-Chris Brown
Anda sekarang membaca artikel Kemesraan Agnez Monica-Chris Brown dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/kemesraan-agnez-monica-chris-brown.html