Julia pemalu

Julia pemalu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Julia pemalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Julia pemalu
link : Julia pemalu

Baca juga


Julia pemalu

Puluhan tahun aktres jelita ini menghabiskan masa ‘dipertontonkan’ di depan umum. Siapa sangka, Julia Roberts sebenarnya malu tatkala diminta berinteraksi secara bersemuka dengan peminatnya.

Pelakon yang kembali muncul dengan filem berjudul Wonder bergandingan dengan Owen Wilson menafikan dia mengelak bertemu mereka kerana bencikan peminat.

“Tidak benci lah! Cuma saya cuba untuk elak bersemuka dengan mereka. Saya tidak berasa saya sebagus artis lain apabila berinteraksi dengan peminat.

“Memang begini saya sejak dulu. Mungkin sebab saya mempunyai perasaan malu yang saya sendiri tidak sedar,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang baru saja menjengah usia 50 tahun pada 28 Oktober lalu bersyukur dapat meraikannya bersama tiga anaknya, si kembar Hazel dan Phinnaeus, 12, dan bongsu, Henry, 10.

Apatah lagi dia dan suaminya, Daniel Moder berada di luar kawasan atas urusan kerja dan tidak menyangka anak-anaknya sanggup memberikan kejutan itu.

“Saya diberi kejutan istimewa oleh tiga anak. Saya dan suami ada lawatan ke San Francisco. Saya agak sedih sebab tidak dapat bersama mereka pada hari itu.

“Kemudian kami ke sebuah kedai dan suami meminta saya masuk ke dalamnya. Sebaik saja melihat sekeliling dalam kedai, saya nampak mereka,” katanya.

Julia menganggap hari itu sebagai hari yang indah buatnya kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Katanya, kebahagiaan baginya adalah apabila dapat bersama keluarga. Walau apa pun yang dilakukan, selagi dia dapat bersama mereka, itu lebih penting.

Dalam pada itu, aktres yang cukup dikenali melalui filem Pretty Woman ini mengakui terganggu dengan soalan berkaitan perasaannya tatkala usia kini mencecah 50 tahun.

“Saya tidak pasti George Clooney turut dapat soalan sama. Mungkin saya kena tanya dia juga!” katanya secara sinis.

Apa sekalipun dia tetap gembira dengan sambutan hari lahirnya itu.

Biarpun hebat dalam filem Notting Hill, My Best Friend’s Wedding, Erin Brockovich, Steel Magnolias, The Pelican Brief, Ocean’s Eleven dan terbaru Wonder, Julia akui anak-anaknya lebih berminat menonton filem animasi Cars 3 berbanding filem ibu mereka sendiri.

The post Julia pemalu appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Julia pemalu

Sekianlah artikel Julia pemalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Julia pemalu dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/julia-pemalu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :