Fasha Sandha akui banyak berkorban

Fasha Sandha akui banyak berkorban - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fasha Sandha akui banyak berkorban, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fasha Sandha akui banyak berkorban
link : Fasha Sandha akui banyak berkorban

Baca juga


Fasha Sandha akui banyak berkorban

KOMITMEN dan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi menjadikan nama Fasha Sandha sentiasa menjadi pilihan produksi untuk membintangi naskhah hebat berepisod panjang.

Jika sebelum ini Fasha terlibat dengan drama 100 episod, Lara Aishah, terbaru pelakon yang mempunyai disiplin tinggi ini tampil dalam drama 70 episod, Syurga Yang Kedua yang bersiaran di Astro Prima bermula semalam.

“Sebenarnya saya tidak hanya memfokuskan kepada drama berepisod panjang sahaja, sebaliknya lebih melihat kepada skrip dan karakter yang sesuai. Mungkin sejak kebelakangan ini saya kerap terlibat dengan episod panjang kerana kebetulan skripnya bagus dan sayang nak lepaskan sebagaimana skrip Syura Yang Kedua ini,” kata Fasha yan turut mengakui penggambaran untuk episod panjang memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi dari segi masa, mental dan fizikal.

Menerusi drama yang mengetengahkan konflik kekeluargaan dan isu poligami ini, Fasha memegang watak Dr Vivy yang bergandingan bersama Zarul Umbrella dan Siti Elizad.

“Drama ini sangat mencabar bukan saja kerana wataknya yang sangat berat, tetapi juga proses penggambaran yang memerlukan pelbagai pengorbanan. Pernah satu ketika saya terpaksa menjalani penggambaran sebulan tanpa cuti. Masa dengan anak-anak pun begitu terhad.

Bagaimanapun, kata Fasha, dia akur dengan tanggungjawab dan cuba mencari pendekatan terbaik untuk memahamkan anak-anak tentang kerja demi komitmen yang harus dilaksanakan.

Menurut Fasha lagi, atas sebab itu jugalah dia lebih selesa hidup solo ketika ini demi memberi tumpuan kepada kerjaya dan anak-anaknya.

Biarpun didekati ramai lelaki yang cuba mengisi kekosongan hatinya, kata Fasha, dia tidak begitu mengambil serius soal itu, apatah lagi sehingga kini masih belum ada lelaki yang mampu menambat hatinya untuk dijadikan kekasih.

“Buat masa ini saya masih single dan memilih untuk berkawan sahaja dengan mereka kerana mungkin itu yang terbaik.

“Masa dengan anak-anak pun saya terpaksa bahagikan dengan kerja, apatah lagi nak dikongsi pula dengan orang lain.

“Mungkin dalam tempoh dua tahun lagi, barulah saya akan serius memikirkan tentang soal itu., namun buat masa sekarang, saya cukup gembira dengan apa yang dimiliki dan dilalui bersama anak-anak,” ujarnya berterus-terang.

Tidak pernah melihat kehidupannya sebagai ibu tunggal sebagai sesuatu yang membebankan, Fasha sentiasa positif dengan apa yang dilaluinya.

“Saya kerja keras bukan semata-mata kerana cari duit nak besarkan anak, tetapi ia lebih kepada tanggungjawab saya kepada kerja di mana saya menerima rezeki yang datang dengan tangan yang terbuka.

“Kenapa perlu nak tolak kalau kita boleh laksanakan dengan baik dan dalam masa yang sama ia memberi manfaat kepada kita dan orang di sekeliling,” tegasnya yang juga aktif dalam bidang perniagaan ini.

The post Fasha Sandha akui banyak berkorban appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Fasha Sandha akui banyak berkorban

Sekianlah artikel Fasha Sandha akui banyak berkorban kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fasha Sandha akui banyak berkorban dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/fasha-sandha-akui-banyak-berkorban.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :