Dua-dua ada pro dan kontra – Amerul Affendi

Dua-dua ada pro dan kontra – Amerul Affendi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua-dua ada pro dan kontra – Amerul Affendi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua-dua ada pro dan kontra – Amerul Affendi
link : Dua-dua ada pro dan kontra – Amerul Affendi

Baca juga


Dua-dua ada pro dan kontra – Amerul Affendi

MEMILIH di antara bakat dan kepentingan media sosial, Amerul Affendi menyifatkan kedua-duanya ada baik dan buruknya.

Akuinya, lazimnya, kepentingan media sosial digunakan untuk mempromosikan sesebuah naskhah, sekali gus memerlukan artis yang mempunyai pengikut ramai.

“Ia betul dari satu segi tapi tak berapa sihat dari sudut yang lain.

“Ia betul apabila nak keluarkan sesebuah naskhah, biasanya stesen televisyen mahukan artis yang punya rupa, penampilan dan pengikut ramai.

“Tapi, yang tak bagusnya, penerimaan audiens. Betulkah audiens ini perlukan pelakon seperti itu?,” soalnya.

Bahkan katanya, ia menjadi tidak adil bagi pelakon lain yang lebih utamakan kualiti dan bakat berbanding bilangan pengikut di laman sosial.

“Bagus ada pengikut ramai dan bantu drama itu untuk dapat sambutan, tetapi ia akan jadi kacau jika mereka tak lagi pentingkan kualiti serta bakat.

“Tapi, oleh kerana yang keluarkan duit itu ada hak, jadi suka hatilah dia nak ambil siapa untuk berlakon melainkan penonton sendiri yang boikot.

“Saya pernah alami situasi itu. Tapi, ia tak pernah melemahkan semangat. Saya percaya, masih ada kawan-kawan yang nak buat kerja dengan saya,” katanya.

Amerul juga bakal muncul drama bersiri, Mandatori adaptasi novel thriller tulisan Ramlee Awang Murshid.

Ia bakal menemui penonton menerusi Astro First Eksklusif (480) dengan RM19.10, mulai 14 Disember ini.

“Sekarang, saya berlakon filem indie, Prebet Sapu karya Muzammir,” katanya.

Bina madrasah
Sebagai usaha menghidupkan aktiviti kesenian, Amerul juga dalam proses membina sebuah madrasah di kampung halamannya di Temerloh, Pahang, sejak pertengahan tahun lalu.

Katanya, kos pembinaan madrasah itu dianggarkan bernilai RM150,000.

“Saya bekerjasama dengan 40 sahabat berganding bahu bina madrasah ini guna dana sendiri.

“Hampir 60 peratus siap dan kita jangka  siap penuh pertengahan 2018,” katanya.

The post Dua-dua ada pro dan kontra – Amerul Affendi appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dua-dua ada pro dan kontra – Amerul Affendi

Sekianlah artikel Dua-dua ada pro dan kontra – Amerul Affendi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua-dua ada pro dan kontra – Amerul Affendi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/dua-dua-ada-pro-dan-kontra-amerul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :