Asah suara di karnival masjid

Asah suara di karnival masjid - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Asah suara di karnival masjid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Asah suara di karnival masjid
link : Asah suara di karnival masjid

Baca juga


Asah suara di karnival masjid

Tidak semua penyanyi yang memilih genre ketuhanan melalui jalan mudah. Ada yang mengambil laluan singkat, tidak kurang juga laluan berliku. Semuanya bergantung pada nawaitu seseorang penyanyi.

Begitu juga hakikatnya dengan penyanyi solo, Izmir Fareez Noorazalan atau Izmir Fareez, 29, yang secara tidak sengaja bergelar penyanyi ketika sibuk sebagai pendakwah bebas.

“Sebenarnya kerjaya sebagai penyanyi lagu ketuhanan ini berlaku dengan tidak sengaja. Pada mulanya single pertama berjudul Hanya Dia dicipta untuk simpanan keluarga saja. Lagipun yang mencipta lagu itu adalah saya dan abang, Mohd Akmalul Azmi atau Along.

“Selepas itu, kami berjumpa dengan Bazli UNIC untuk hasilkan muzik dan rakaman lagu itu. Apabila siap, pihak UNICDOTMY PRO berhasrat membeli lagu itu,” katanya.

Siswazah Sarjana Muda Pengajian Islam ini berkata, dia dan abangnya berasakan pasti ada sesuatu yang istimewa dalam lagu itu sehingga UNIC berminat untuk membelinya.

Jadi, Izmir dan abangnya mengambil keputusan untuk tidak menjualnya dan meneruskan juga rancangan asal untuk simpanan keluarga sahaja.

Mungkin sudah tertulis rezeki, selesai saja rakaman dan video muzik, Izmir ditawarkan lagi pihak UNICDOTMY PRO untuk membantu dipromosikan lagu itu sekali gus berada bawah naungan mereka.

Tanpa berselindung, Izmir berasakan apabila memilih syarikat milik UNIC, dia dapat mengembangkan lagi dakwah di masjid dan surau sekitar Lembah Klang.

“Dengan cara menyanyi ini juga saya dapat berdakwah dengan lebih luas kepada masyarakat,” katanya yang pernah menyambung pengajian dalam bidang Bahasa Arab.

Ditanya mengenai genre nasyid yang tidak lagi popular seperti era kegemilangan Raihan, Rabbani, UNIC dan ramai penyanyi nasyid lain satu ketika dulu, Izmir ada jawapannya.

Katanya, lagu-lagu yang dihasilkan dia dan abang adalah lagu ketuhanan berkonsepkan era 1990-an.

“Kebetulan ketika ini lagu berkonsep sedemikian popular semula seperti dibawakan Aiman Tino, Tajul dan lain-lain.

“Jadi, ini peluang untuk saya menarik pendengar yang memang gemarkan lagu sebegitu tetapi saya ubahnya menjadi lagu ketuhanan. Secara tidak langsung, pendengar juga mendengar muzik ini dan lirik ketuhanan yang ingin disampaikan,” katanya.

Pendakwah berasal dari Gombak, Selangor ini juga bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada keluarga dan sahabat yang tidak putus-putus memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Dia juga berterima kasih kepada UNICDOTMY PRO yang banyak mengajar serta mendorongnya meneruskan perjuangan dakwah dalam bidang nyanyian.

Menurutnya, walaupun pernah menimba pengalaman dalam bidang produksi drama hampir lima tahun sebagai pembantu pengurus produksi, saat mula melangkah masuk ke dalam bidang nyanyian, baru dia sedar ia bukan mudah.

“Baru saya tahu betapa susah dan sukarnya untuk menjadi anak seni kerana tidak mudah hendak menghasilkan sesuatu yang dapat menarik minat masyarakat.

“Setiap hari saya akan berfikir bagaimana untuk menarik minat masyarakat untuk mendengar lagu-lagu seperti ini,” katanya.

Namun, halangan seperti inilah yang membuatkan Izmir tidak berputus asa dan terus mengorak langkah supaya lagu yang dihasilkan boleh menawan hati pendengar.

Izmir merancang untuk terus menghasilkan karya lagu ketuhanan. Seterusnya, dia juga akan mencari kelainan supaya dapat menarik perhatian pendengar untuk mendengar lagu hasil karyanya.

Buat masa ini Izmir sibuk dengan persembahan di karnival masjid dan program bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan majlis meraikan warga tua di De Palma Hotel, Ampang, Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, dia dan beberapa penyanyi nasyid muda daripada Munsyid Malaysia baru saja mengeluarkan single berjudul Adiwiraku.

Katanya, lagu ciptaan Imtiaz Simfoni dan lirik oleh ITO Lara dan Syalina Ahmad itu dihasilkan sempena Maulidur Rasul.

“Liriknya mengisahkan perjuangan Nabi Muhammad SAW. Selain itu, pada Januari atau Februari depan, saya akan mengeluarkan single kedua,” katanya.

The post Asah suara di karnival masjid appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Asah suara di karnival masjid

Sekianlah artikel Asah suara di karnival masjid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Asah suara di karnival masjid dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/asah-suara-di-karnival-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :