Judul : Aryahana Hijab Parfum beri keyakinan
link : Aryahana Hijab Parfum beri keyakinan
Aryahana Hijab Parfum beri keyakinan
TIDAK lengkap sekiranya keluar rumah tanpa semburan minyak wangi atau mencalitnya pada nadi untuk memberikan haruman yang menambahkan lagi keyakinan pemakai.
Melihat kepada keperluan tersebut, Pengasas Ayrahana Hijab mengeluarkan minyak wangi jenamanya sendiri.
Ayrahana Hijab memilih untuk memasarkan produk berasaskan wangian kerana melihat prospek yang luas, dan optimis mempunyai peluang yang besar dalam bidang tersebut.
“Minyak wangi menjadi pilihan dan sentiasa mempunyai pembeli. Berbekalkan pengalaman dalam bidang perniagaan atas talian (online) pelbagai jenis produk selama tiga tahun, saya nekad menceburi perniagaan ini.
Ayrahana Hijab Parfum adalah 100 peratus produk Bumiputera. Ia dikeluarkan setelah kami melakukan kajian dan penyelidikan pada tahun lalu dengan menggunakan formula sendiri,” katanya.
Menurutnya, perniagaannya yang dijalankan sejak empat bulan lalu membuahkan hasil apabila berkembang maju dalam pasaran tempatan dan bakal menembusi pasaran antarabangsa.
“Perniagaan yang bermodalkan RM300,000 ini bukanlah satu yang mudah. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi.
“Saya bersyukur, akhirnya minat dalam perniagaan ini dapat direalisasikan sepenuhnya pada tahun ini,” katanya.
Ayrahana Hijab Parfum mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana mempunyai wangian bertaraf antarabangsa untuk wanita.
Selain itu, aroma Ayrahana Hijab Parfum juga tahan selama 10 jam dan boleh dipakai untuk solat.
“Saya mendapat pati minyak wangi yang diimport sebelum dibotolkan semula oleh syarikat kami. Pati minyak wangi diperolehi merupakan pati gred yang terbaik.
“Ayrahana Hijab’ Parfum mempunyai 4 wangian untuk untuk wanita antaranya Adamia, Hawa, Salleha dan Nohar katanya.
Sasar 100,000 botol
Walaupun lima bulan berada dalam pasaran, Ayrahana Hijab Parfum berkembang maju kerana 10,000 botol telah terjual.
Pelanggan memilih Ayrahana Hijab Parfum kerana kualitinya dan tertarik dengan harganya yang berpatutan.
Tambahnya, Ayrahana Hijab Parfum didatangkan dalam saiz botol berukuran 10 mililiter (ml) dalam bentuk kombo 4 koleksi dalam satu harga RM55. Ini bermakna seorang pelanggan mampu memiliki 4 jenis wangian dengan 1 harga.
Panggan membeli minyak wangi untuk dipakai sendiri, hadiah hari jadi dan sebagai hantaran perkahwinan serta pertunangan.
“Ada juga pelanggan yang membeli secara borong. Bagi memudahkan pelanggan kami, . Kami menyasarkan jualan 100,000 botol menjelang akhir tahun ini.
“Ayrahana Hijab Parfum juga menyasarkan pelajar menjadi ejen kerana ia dapat membantu menambahkan pendapatan mereka,” ujarnya.
Mereka yang berminat untuk menjadi ejen kepada Ayrahana Hijab bolehlah menghubungi ibu pejabat jenama tersebut.
The post Aryahana Hijab Parfum beri keyakinan appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Aryahana Hijab Parfum beri keyakinan
Anda sekarang membaca artikel Aryahana Hijab Parfum beri keyakinan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/aryahana-hijab-parfum-beri-keyakinan.html