Aqasha gagal ke separuh akhir GV

Aqasha gagal ke separuh akhir GV - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aqasha gagal ke separuh akhir GV, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aqasha gagal ke separuh akhir GV
link : Aqasha gagal ke separuh akhir GV

Baca juga


Aqasha gagal ke separuh akhir GV

PENYANYI Aqasha menjadi peserta kelima yang tersingkir pada minggu keenam daripada program Gegar Vaganza musim keempat (GV).

Persembahan Aqasha dengan lagu ”That’s Why You Go Away’ nyanyian asal Michael Learns To Rock itu ternyata gagal mencuri hati juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Haji Mokhzani dan Datuk AC Mizal.

Malah komen awal Tok Ram yang hanya berkata ‘what happened to you?’ seperti telah membayangkan siapa yang tersingkir.

“Saya sendiri tidak puas hati dengan persembahan, tak seperti waktu latihan.  Tapi biasalah bila atas pentas, semua boleh jadi,” ujar Aqasha dalam satu temu bual, malam tadi.

Dengan penyingkiran Aqasha bermakna tujuh peserta lagi berjaya melangkah masuk ke peringkat separuh akhir pada minggu hadapan.

Tujuh peserta tersebut adalah Liza Hanim, Hazami, Aishah, Tia Jinbara, Firman, Syura dan Lan Solo. 

Sementara itu, anugerah Gelora Vida Vaganza dimenangi oleh Aishah.

GV4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara GV musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

The post Aqasha gagal ke separuh akhir GV appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Aqasha gagal ke separuh akhir GV

Sekianlah artikel Aqasha gagal ke separuh akhir GV kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aqasha gagal ke separuh akhir GV dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/aqasha-gagal-ke-separuh-akhir-gv.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :