Anas Ridzuan Sanggup Potong Rambut Afro

Anas Ridzuan Sanggup Potong Rambut Afro - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anas Ridzuan Sanggup Potong Rambut Afro, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anas Ridzuan Sanggup Potong Rambut Afro
link : Anas Ridzuan Sanggup Potong Rambut Afro

Baca juga


Anas Ridzuan Sanggup Potong Rambut Afro

PELAKON dan penyanyi Anas Ridzuan sanggup mengubah penampilan diri sekiranya ditawarkan peranan memerlukan dia tampil dengan imej baharu.

Anas, 28, berkata, dia sanggup memotong rambut afro yang menjadi identiti dirinya selain membentuk tubuh sasa jika berbaloi dengan tawaran diberikan.

“Saya tidak ada masalah kalau perlu potong rambut atau kena buat tubuh ‘sado’ demi sesebuah watak lakonan.

“Contohnya, kalau jadi polis saya perlu berambut pendek dan memiliki badan yang lebih sasa.

“Kalau kehendak watak mahu begitu, saya perlu buat. Paling penting tawaran itu berbaloi dan bersesuaian dengan karakter yang diberi,” katanya .

Dalam pada itu, bekas peserta program Mentor musim keenam ini memberitahu dia kini lebih selesa bergelar pelakon.

Bagaimanapun kata Anas, dia tidak pernah melupakan bidang itu kerana permulaannya dalam industri hiburan tempatan sebagai penyanyi.

“Saya bermula sebagai penyanyi tetapi sekarang banyak pula tawaran lakonan yang datang.
“Orang tawar jadi pengacara pun saya ambil, kemudian rezeki sebagai penyampai radio.

“Saya tak pernah lupakan nyanyian kerana ini merupakan hobi dan minat saya sejak dahulu lagi,” katanya.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Anas bakal muncul dalam sebuah filem romantik remaja berjudul Busker.

Selain Anas, filem berkenaan turut dibintangi oleh Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Bulan dan Mas Khan.

Filem arahan Syed Khairul Fariz ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 11 Januari 2018.

The post Anas Ridzuan Sanggup Potong Rambut Afro appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Anas Ridzuan Sanggup Potong Rambut Afro

Sekianlah artikel Anas Ridzuan Sanggup Potong Rambut Afro kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anas Ridzuan Sanggup Potong Rambut Afro dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/anas-ridzuan-sanggup-potong-rambut-afro.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :