Judul : Anak luah rasa rindu, Hisyam Hamid sebak
link : Anak luah rasa rindu, Hisyam Hamid sebak
Anak luah rasa rindu, Hisyam Hamid sebak
PELAKON Hisyam Hamid mengakui bukan senang berjauhan dengan kedua anaknya yang kini masih menetap di Singapura, sedangkan dia dan isteri mencari rezeki di Malaysia.
Situasi itu membuatkan Hisyam dan isteri terpaksa berulang-alik Kuala Lumpur-Singapura pada setiap bulan untuk untuk melepaskan rindu dan menguruskan keperluan anak yang menetap bersama keluarganya di Singapura.
“Memang saya saya akui situasinya agak sukar buat saya dan isteri apabila terpaksa berjauhan begini, namun inilah pengorbanan yang perlu dilakukan demi masa depan kami sekeluarga.
“Kalau ikutkan perancangan asal, tahun lalu saya mahu membawa mereka berpindah dan menetap bersama kami di Kuala Lumpur, namun ia tidak menjadi kenyataan apabila nenek saya meninggal dunia dan ibu mengharapkan agar anak-anak saya dapat bersamanya buat sementara waktu.
“Jadi hasrat itu kami tangguhkan dulu buat seketika dan Insya-ALLAH bila keadaan mengizinkan, saya akan bawa juga mereka menetap di sini dan sekali gus menjalani kehidupan seperti mana sebelum ini,” ujarnya.
Menurut bapa kepada Nurish Syameliah, 10, Haydeen, 8, ini lagi, dia kadang-kala tersentuh apabila melihat anak-anak menangis meluahkan perasaan rindu apabila mereka berhubung menerusi telefon.
“Anak-anak sebenarnya faham dan sudah terbiasa dengan keadaan ini. Cuma adalah sesekali mereka meluahkan rasa rindu sehingga menangis dan suruh saya pulang berkerja di sana saja.
“Sebagai bapa, saya akui memang sebak jugalah bila berdepan situasi begini, namun saya harus sentiasa melihatnya dari sudut yang positif di mana keadaan ini akan membuatkan mereka kuat dan matang dari segi psikologi,” kata Hisyam.
Bagaimanapun jika tidak terikat dengan jadual kerja, Hisyam sebolehnya mencari masa untuk menjenguk anak-anaknya selain sentisa berhubung menerusi panggilan video bagi melepas rindu dan mengetahui perkembangan semasa mereka.
“Walaupun saya di Kuala Lumpur dan anak-anak di Singapura, kami tidak pernah merasa jauh kerana sering berhubung menerusi panggilan video jika saya tidak berkesempatan menjenguk mereka di sana.
“Tapi selalunya saya memang akan pulang ke Singapura untuk meluangkan masa bersama-sama mereka dan setakat ini berlum pernah lagi terlepas peluang bersama mereka ketika berdepan hari-hari penting seperti peperiksaan, hari jadi dan sebagainya,” jelas hero drama Abang Bomba I Love You ini lagi.
The post Anak luah rasa rindu, Hisyam Hamid sebak appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Anak luah rasa rindu, Hisyam Hamid sebak
Anda sekarang membaca artikel Anak luah rasa rindu, Hisyam Hamid sebak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/anak-luah-rasa-rindu-hisyam-hamid-sebak.html