Judul : Aliff Syukri ‘bad mood’, rugi ratusan ribu ringgit
link : Aliff Syukri ‘bad mood’, rugi ratusan ribu ringgit
Aliff Syukri ‘bad mood’, rugi ratusan ribu ringgit
JUTAWAN kosmetik, Datuk Aliff Syukri ‘bad mood’ selepas rugi ratusan ribu ringgit.
Perkara itu dimaklumkan beliau dalam laman Instagramnya hari ini.
“Hari ini saya nak terangkan perkara sebenarnya. Ada sesiapa tak kenal mamat dalam bulatan merah ini?
“Ini adalah salah satu benda tragis yang berlaku semasa saya di Sepanyol. Dia rembat beg sandang Solvatore Faragamo saya semasa saya training, so lesaplah wang tunai euro 4,000 (kira-kira RM19,222.85), jam tangan jenis Cartier bernilai kira-kira RM100,000, kad kredit dan kad pengenalan,” katanya.
Tambahnya, bagaimanapun beliau gigihkan juga untuk meneruskan kerjanya di Sepanyol.
Katanya, demi rakaman muzik video, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan beliau ketika itu.
“Hanya ALLAH sahaja yang tahu dugaan saya yang saya tidak kongsikan,” katanya.
Baru-baru ini, Aliff Syukri telah terbang ke Sepanyol bersama-sama dengan rakan baiknya, Nur Sajat untuk menjayakan rakaman klip video kedua mereka bertajuk Abang Nak Tegur setelah klip video pertama mereka mendapat jumlah dislike yang tertinggi dalam tempoh satu minggu ianya dimuatnaik ke dalam laman YouTube.
The post Aliff Syukri ‘bad mood’, rugi ratusan ribu ringgit appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Aliff Syukri ‘bad mood’, rugi ratusan ribu ringgit
Anda sekarang membaca artikel Aliff Syukri ‘bad mood’, rugi ratusan ribu ringgit dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/aliff-syukri-bad-mood-rugi-ratusan-ribu.html