Alif tak selesa menumpang populariti

Alif tak selesa menumpang populariti - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Alif tak selesa menumpang populariti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alif tak selesa menumpang populariti
link : Alif tak selesa menumpang populariti

Baca juga


Alif tak selesa menumpang populariti

BEKAS anggota kumpulan Sleeq, Muhammad Alif Abdullah atau Alif tidak terkilan walaupun namanya masih lagi dikaitkan dengan kumpulan itu sedangkan dia kini sudah bergerak solo.

Penyanyi berusia 28 tahun itu muncul dengan lagu baru berjudul Buat Selamanya bagaimanapun berharap agar lagu itu dapat membantu menjenamakan semula kerjayanya sebagai penyanyi solo.

“Tidak ada rasa terkilan kerana hakikatnya saya mula dikenali dengan kumpulan itu. Sepuluh tahun saya menjadi anggota Sleeq, untuk membina identiti sendiri itu bukannya mudah.

“Saya tidak tahu sampai bila nama saya akan dikaitkan dengan kumpulan Sleeq. Saya tidak ada kuasa untuk menghalang peminat untuk terus memanggil saya sebagai Alif Sleeq,” katanya.

Bagaimanapun, ada perbincangan yang dibuat untuk mengekalkan nama Sleeq namun Alif kurang selesa kerana tidak mahu dikatakan menumpang populariti kumpulan terbabit.

“Ada juga ura-ura agar saya terus kekalkan nama sebagai Alif Sleeq namun secara peribadi ia membuatkan saya kurang selesa.

“Tambahan pula genre lagu yang saya nyanyikan kini jauh berbeza dengan Sleeq. Biarlah saya perlahan-lahan naik dengan lagu Buat Selamanya,” tegasnya.

Alif pernah bergabung dengan sepupunya, Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah membentuk kumpulan Sleeq sejak 2005. Bagaimanapun, kumpulan itu dibubarkan pada 2015.

Sleeq meraih populariti di Malaysia selepas berkolaborasi dengan penyanyi Najwa Latiff menerusi lagu Untuk Dia.

The post Alif tak selesa menumpang populariti appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Alif tak selesa menumpang populariti

Sekianlah artikel Alif tak selesa menumpang populariti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Alif tak selesa menumpang populariti dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/alif-tak-selesa-menumpang-populariti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :