Judul : Ada rahsia kurus mendadak
link : Ada rahsia kurus mendadak
Ada rahsia kurus mendadak
DULU berat badannya mencecah 99 kilogram tetapi kini 75 kilogram hingga ada mengatakan Cef selebriti, Datuk Ismail Ahmad, 57, atau Cef Ismail ada masalah kesihatan.
Cef Ismail berkata, penurunan berat badan mendadak bukan kerana masalah kesihatan atau menjalani pembedahan kosmetik seperti menyedut lemak.
Katanya, dia menurunkan berat badan atas kesedaran diri dengan cara sendiri.
“Semakin meningkat usia, kita perlu menjaga kesihatan. Sebelum ini berat saya mencecah 99 kilogram dan selepas setahun menjaga pemakanan serta menjalani gaya hidup sihat, berat saya sekarang 75 kilogram.
“Saya mengira jumlah kalori makanan yang diambil setiap hari. Saya juga melakukan senaman. Antara kegemaran saya, melakukan Zumba di rumah selama dua jam.
“Saya bersenam tiga kali seminggu dan membakar sekurang-kurangnya 800 kalori,” katanya kepada Harian Metro.
Kongsi Cef Ismail, dia juga mengamalkan rehat yang cukup dan menolak pembedahan kosmetik seperti menyedut lemak.
“Saya tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Rehat mencukupi sangat penting. Tak perlu pembedahan kosmetik dan menyedut lemak kerana diet seimbang secara semula jadi adalah yang terbaik,” katanya.
The post Ada rahsia kurus mendadak appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ada rahsia kurus mendadak
Anda sekarang membaca artikel Ada rahsia kurus mendadak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/ada-rahsia-kurus-mendadak.html