Judul : Zizan Manja-manja, Lentok Kepala Di Bahu PM Najib
link : Zizan Manja-manja, Lentok Kepala Di Bahu PM Najib
Zizan Manja-manja, Lentok Kepala Di Bahu PM Najib
Pelakon dan pelawak popular Zizan Razak tidak menyangka tindakannya melentokkan kepala di bahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika menerima trofi Anugerah Ikon Media Sosial 2017 di balas baik oleh pemimpin negara itu.
Memetik laporan Harian Metro, Zizan menjelaskan tindakannya melentokkan kepalanya di bahu Najib sebagai tanda penghargaan dan tiada niat mahu bergurau.
“Tak sangka Perdana Menteri ‘sporting’ apabila turut melentokkan kepalanya,” katanya yang meneri anugerah tersebut, semalam.
“Bagi saya tindakan itu tidak salah kerana ia sebagai tanda kasih sayang dan menghargai anugerah yang diberikan. Malah, beliau turut melentokkan balik kepalanya,” katanya.
Gambar Zizan melentokkan kepalanya di bahu Perdana Menteri turut dikongsi Najib dalam akaun Instagram milik beliau.
..
Dalam pada itu, Zizan yang mempunyai 4.4 juta pengikut di Instagram berkata, dia bersyukur atas pengiktirafan itu dan akan terus memanfaatkan media sosial dengan berkongsi perkembangan karier seninya.
The post Zizan Manja-manja, Lentok Kepala Di Bahu PM Najib appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Zizan Manja-manja, Lentok Kepala Di Bahu PM Najib
Anda sekarang membaca artikel Zizan Manja-manja, Lentok Kepala Di Bahu PM Najib dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/zizan-manja-manja-lentok-kepala-di-bahu.html