Wani Kayrie Tidak Gementar Jawab SPM

Wani Kayrie Tidak Gementar Jawab SPM - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wani Kayrie Tidak Gementar Jawab SPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wani Kayrie Tidak Gementar Jawab SPM
link : Wani Kayrie Tidak Gementar Jawab SPM

Baca juga


Wani Kayrie Tidak Gementar Jawab SPM

PENYANYI Wani Kayrie tidak berasa gementar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017 (SPM) yang sudah bermula pada Isnin lalu.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 17, berkata dia sudah melakukan persiapan awal dengan melakukan banyak latihan tubi.

“Alhamduillah, saya dah selesai melepasi empat kertas peperiksaan sejak SPM bermula pada Isnin.
“Kali ini saya tak rasa gementar macam peperiksaan percubaan terdahulu. Mungkin sebab dah ada persiapan awal.

“Saya banyak melakukan latihan tubi dan mengulang kaji pelajaran. Insya-Allah saya berharap akan dapat straight A’s,” kata Wani .

Wani kini sedang menjalani peperiksaan bagi mata pelajaran Sejarah pada pagi Rabu dan akan tamat peperiksaan pada 30 November ini.

Menurut Wani lagi, dia terpaksa berhenti mengambil sebarang tawaran menyanyi selama dua bulan demi memberi tumpuan pada peperiksaannya.

“Selama dua bulan saya berhenti terima sebarang tawaran menyanyi demi memberi tumpuan sepenuhnya pada peperiksaan SPM.

“Biarpun saya ada lagu baharu tapi saya terpaksa hentikan promosi lagu tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wani memberitahu dia tidak akan menyambung pelajaran selepas tamat SPM disebabkan mahu mencapai impiannya terlebih dahulu.

Penyanyi lagu Aku Suka Kamu ini mahu mengambil kelas bahasa Mandarin dan kembali aktif dalam sukan boling.

“Saya tak terfikir lagi nak sambung belajar sebab nak impian saya tercapai dulu. Nak masuk kelas bahasa Mandarin.

“Nanti boleh cari peluang masuk mana-mana pertandingan di Taiwan atau China. Selain itu, nak aktif semula main boling.

“Saya dah empat bulan berehat dari sukan itu. Insya-Allah saya nak cuba untuk mewakili Malaysia pula,” katanya.

Wani mewakili Selangor untuk sukan boling sejak usianya 11 tahun.

The post Wani Kayrie Tidak Gementar Jawab SPM appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Wani Kayrie Tidak Gementar Jawab SPM

Sekianlah artikel Wani Kayrie Tidak Gementar Jawab SPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wani Kayrie Tidak Gementar Jawab SPM dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/wani-kayrie-tidak-gementar-jawab-spm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :