Wani Kayrie Kembali Fokus Lepas SPM

Wani Kayrie Kembali Fokus Lepas SPM - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wani Kayrie Kembali Fokus Lepas SPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wani Kayrie Kembali Fokus Lepas SPM
link : Wani Kayrie Kembali Fokus Lepas SPM

Baca juga


Wani Kayrie Kembali Fokus Lepas SPM

PENYANYI Wani Kayrie tidak mahu menoleh ke belakang lagi selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang didudukinya berakhir pada 30 November ini.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 17, berkata, dia tidak sabar untuk memberi fokus sepenuhnya dalam mengukuhkan kerjaya dalam bidang seni.

“Saya sudah menghentikan semua aktiviti nyanyian demi SPM selama hampir dua bulan. Apabila peperiksaan tamat, saya akan tumpukan sepenuhnya terhadap kerjaya saya pula.

“Tahun 2018 khususnya akan menjadi tahun untuk saya kukuhkan lagi tapak saya dalam industri seni,” katanya.

Dia ditemui sewaktu majlis sambutan ulang tahun ke-10 Suria FM pada Jumaat lalu.
Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Kamu ini berkata, dia juga sedang berjinak-jinak dalam bidang penulisan lagu.

“Sebab saya boleh main gitar dan piano, jadi saya pun dah mula buat lagu sendiri.

“Setakat ini sudah ada 10 lagu dalam koleksi saya, harapnya semakin banyak lepas ni,” katanya lagi.
Mengulas mengenai perancangannya, Wani memberitahu dia berminat untuk berkoloborasi dengan Faizal Tahir suatu hari nanti.

Menurut Wani, dia sudah lama meminati penyanyi Mahakarya Cinta itu dan peluang untuk bekerjasama pastinya tidak akan ditolak.

“Ramai orang cakap suara saya sesuai dengan Faizal sebab kami berdua memiliki suara yang besar.
“Saya pun dah lama minat dia, apa salahnya kalau berduet. Itu adalah salah satu impian saya,” ujarnya lagi.

The post Wani Kayrie Kembali Fokus Lepas SPM appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Wani Kayrie Kembali Fokus Lepas SPM

Sekianlah artikel Wani Kayrie Kembali Fokus Lepas SPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wani Kayrie Kembali Fokus Lepas SPM dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/wani-kayrie-kembali-fokus-lepas-spm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :