Tombiruo bakal dipasarkan di peringkat antarabangsa

Tombiruo bakal dipasarkan di peringkat antarabangsa - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tombiruo bakal dipasarkan di peringkat antarabangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tombiruo bakal dipasarkan di peringkat antarabangsa
link : Tombiruo bakal dipasarkan di peringkat antarabangsa

Baca juga


Tombiruo bakal dipasarkan di peringkat antarabangsa

SETELAH hampir 25 hari ditayangkan, filem terbitan Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan, Tombiruo: Penunggu Rimba, mencatat kutipan lebih RM7 juta.

Filem ini yang diadaptasi dari karya novelis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid ditayangkan menerusi 117 pawagam.

Istimewanya, Tombiruo mendapat sentuhan daripada pengarah Seth Larney, yang juga Pengarah Kesan Visual dan pernah bekerja dengan produksi di Australia untuk pembikinan filem popular The Matrix Reloaded And Revolutions; Star Wars: Revenge of The Sith; Xmen Origins: Wolverine; Stealth; Superman Returns; Fools Gold dan The Chronicles of Narnia: Voyage of The Dawn Treader.

Sejak awal tayangan filem ini lagi, Tombiruo yang dijayakan pelakon Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Atu Zero, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Kusyairi dan ramai lagi, telah mendapat respons yang cukup positif dari peminat filem tanah air.

Ramai menyifatkan pembikinan filem ini segar dengan kualiti filem setanding luar negara.

Atas pujian yang diberikan itulah telah membuatkan pihak penerbit mengambil satu langkah berani dengan bekerjasama dengan AMP International untuk memasarkan filem ini ke peringkat antarabangsa.

Pihak penerbit juga masih lagi aktif dalam mempromosikan filem ini tambahan lagi apabila kini harus bersaing dengan filem blockbuster dari luar negara dan bersyukur filem ini masih mendapat sokongan daripada penonton serta juga pihak pawagam.

Sementara itu, Pengarah Jualan Global dan Pengambilalihan di AMP International, James Norrie menyatakan, pihak penerbit serta pengarah filem Tombiruo telah berjaya menghasilkan sebuah filem berbentuk Asian Superhero.

“Kami tidak sabar untuk memasarkan filem ini ke pasaran antarabangsa dan sekali gus membentuk kelompok peminatnya tersendiri,” katanya.

Tombiruo: Penunggu Rimba memaparkan kisah Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.

Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan di antara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.

Saksikan filem Tombiruo di pawagam di seluruh negara. Layari laman sesawang http://ift.tt/2xCwsk5 serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube Astro Shaw dan Astro Gempak untuk berita dan informasi terkini.

Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #tombiruo, #tombiruomovie dan #penunggurimba sebagai tanda sokongan pada filem ini.

The post Tombiruo bakal dipasarkan di peringkat antarabangsa appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tombiruo bakal dipasarkan di peringkat antarabangsa

Sekianlah artikel Tombiruo bakal dipasarkan di peringkat antarabangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tombiruo bakal dipasarkan di peringkat antarabangsa dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/tombiruo-bakal-dipasarkan-di-peringkat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :