Tersentuh Bersama Pelarian Syria – Khai Bahar

Tersentuh Bersama Pelarian Syria – Khai Bahar - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tersentuh Bersama Pelarian Syria – Khai Bahar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tersentuh Bersama Pelarian Syria – Khai Bahar
link : Tersentuh Bersama Pelarian Syria – Khai Bahar

Baca juga


Tersentuh Bersama Pelarian Syria – Khai Bahar

PELUANG bersemuka dan bermesra dengan anak-anak pelarian Syria di Istanbul, Turki memberi kesan mendalam kepada penyanyi yang sedang melonjak naik, Khai Bahar.

Sepanjang empat hari bersama Program Kembara dan Kemanusiaan Syria Care, penyanyi lagu Bayang ini tidak melepaskan peluang menyertai setiap program bersama anak-anak pelarian Syria di negara itu.

Menurut pemuda berusia 23 tahun ini, ada ketika air matanya hampir tumpah melihat penderitaan yang terpaksa ditanggung kanak-kanak pelarian Syria.

Dia yang berkelana di Istanbul sebelum menunaikan ibadat umrah,  sebelum itu bersama Ustaz Azadan Rabbani dan penyampai radio  Ikim, Sufian Amrin menyertai beberapa program yang dianjurkan Syria Care termasuk beramah mesra dengan anak yatim dan mengunjungi sekolah tajaan NGO itu.

“Khai bersyukur sebab dapat belajar sikit demi sikit, macam hari tu dekat Istanbul, pertama kali jugalah Khai melihat anak anak Syria dan agak tersentuh jugalah tapi kita lelaki kena tahan sikitlah,” ceritanya.

Khai yang turut disertai ibu-bapanya dalam rombongan berkenaan mengakui masih banyak yang perlu dipelajari bagi melengkapkan ilmu di dada dan program kemanusiaan kali ini adalah yang pertama kali dalam hidupnya.

Ulasnya, status dia sebagai artis memberi kelebihan kerana peluang yang ada dapat  dimanfaat dan akan digunakan sebaik mungkin termasuk berkongsi bersama peminat di laman sosial.

Sejujurnya, penyanyi lagu Bayang ini mengakui dirinya masih baru dalam serba-serbi termasuk membabitkan kerja-kerja program kemanusian.

“Ilmu tidak tinggi sangat. Khai baru nak belajar”, katanya dengan nada rendah diri.

Selain beramah mesra dengan anak yatim, Khai atau nama asalnya Muhammad Khairul Baharuddin turut melawat beberapa buah sekolah tajaan Syria Care, termasuk Maahad al Fateh dan Madrasah Hadharah.

Khai mengecap populariti mendadak selepas memenangi trofi Artis Baharu MeleTop 2017 dan diledakkan lagi dengan kemenangan dua trofi selaku Artis Baharu Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.

Kedudukan itu dikukuhkan lagi selepas dia berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL 32) yang akan berlangsing Februari depan.

The post Tersentuh Bersama Pelarian Syria – Khai Bahar appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tersentuh Bersama Pelarian Syria – Khai Bahar

Sekianlah artikel Tersentuh Bersama Pelarian Syria – Khai Bahar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tersentuh Bersama Pelarian Syria – Khai Bahar dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/tersentuh-bersama-pelarian-syria-khai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :