Tak bimbang kritikan netizen

Tak bimbang kritikan netizen - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak bimbang kritikan netizen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak bimbang kritikan netizen
link : Tak bimbang kritikan netizen

Baca juga


Tak bimbang kritikan netizen

Bakal melakonkan watak bekas jaguh badminton negara, Datuk Misbun Sidek dalam filem biografi Lee Chong Wei: Rise of the Legend, Datuk Rosyam Nor tidak bimbang dengan kritikan netizen sebaliknya lebih bimbangkan penyampaiannya.

Rosyam, 50, berkata, kebimbangannya banyak tertumpu kepada emosi disalurkan terhadap watak itu memandangkan ia satu tanggungjawab besar.

Ini kerana Misbun yang juga bekas jurulatih kebangsaan itu bukanlah calang-calang individu.

“Orang mengenali Misbun di gelanggang saja, tetapi tidak tahu bagaimana keperibadiannya yang sebenar. Beliau seseorang yang suka memendam perasaan dan tidak suka tunjukkan dirinya yang sebenar.

“Namun, setiap manusia memiliki persamaan emosi dan emosi itulah yang saya cuba keluarkan dalam watak berkenaan. Saya harap beliau dan peminat bersetuju dengan cara interpretasi saya untuk watak itu,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan berdepan tekanan kerana tidak dapat berjumpa dengan Misbun. Interpretasinya dibuat berdasarkan kajian di Internet selain pemahamannya terhadap keperibadian Misbun sendiri.

“Memang ada tekanan sebab tidak dapat berjumpa dia sendiri. Namun, itulah sebenarnya cabaran besar untuk saya. Bagaimanapun, saya ada berhubung dengannya menerusi WhatsApp untuk meminta restunya.

“Saya tidak takut sangat mengenai kritikan orang ataupun cara pergerakan Misbun. Itu tidak penting bagi saya sebaliknya emosi yang lebih penting. Sama ada ia sampai atau tidak, itu saja yang menjadi keutamaan saya,” katanya.

Bercakap mengenai filem itu sendiri, banyak faktor mendorong Rosyam untuk menerima tawaran berkenaan.

Paling penting, dia ingin menjadikannya batu loncatan untuk dikenali di peringkat lebih jauh.

ROSYAM bangga dapat melakonkan watak Misbun.
“Sesiapa juga pasti akan berebut untuk mendapatkan watak itu. Ia adalah sebuah watak yang sangat besar sebagaimana filem itu sendiri.

“Ia bukan satu filem biasa tetapi bakal menjadi arkib negara yang sangat penting. Sampai bila-bila pun filem itu ditayangkan, orang akan mengenali siapa Misbun, Lee Chong Wei, bagaimana ia bermula sehinggalah ke tahap menjadi pemain nombor satu dunia.

“Pembabitan dalam filem ini juga membuka peluang pemasaran untuk diri saya pergi ke luar negara. Ia disebabkan filem ini pastinya ditayangkan di pelbagai negara dan tentu ramai mahu menontonnya,” katanya.

Banyak projek dijayakan

Berkongsi mengenai kerjaya lakonannya, Rosyam berkata, tahun 2017 memberi sinar buatnya apabila banyak projek bakal dijayakannya.

“Saya baru tamat penggambaran filem Motif arahan pengarah berbakat Nadia Hamzah. Dia adalah pengarah yang banyak membuat iklan komersial sebelum ini dan cara kerjanya seperti Allahyarham Yasmin Ahmad.

“Januari depan saya akan kembali ke lokasi untuk filem seram arahan Syafiq Yusof. Filem KL Special Force pula akan ditayangkan ia adalah filem aksi terbesar pernah saya lakonkan. Pada Mei, saya akan menjayakan penggambaran filem Tailong apabila saya membawa watak utama,” katanya.

The post Tak bimbang kritikan netizen appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tak bimbang kritikan netizen

Sekianlah artikel Tak bimbang kritikan netizen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak bimbang kritikan netizen dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/tak-bimbang-kritikan-netizen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :