Sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri Raf

Sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri Raf - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri Raf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri Raf
link : Sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri Raf

Baca juga


Sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri Raf

AKTRES, Mawar Rashid selamat bergelar isteri kepada Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan itu berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur tepat jam 3.19 petang.

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 22, dan Raf Yaakob, 32, dinikahkan Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar, Mohamad Azri Ahmad Kamil.

Raf menyerahkan mas kahwin RM900 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran, berbalas sembilan dari pihak perempuan.

Menerusi majlis akad nikah bertemakan Jawa itu, Mawar nyata tidak dapat menyembunyikan rasa terharu dan gembiranya kerana majlis akad nikah telah pun selamat disempurnakan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang kami harapkan. Hari ini merupakan momen paling bermakna buat kami berdua. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sampai bila-bila.

“Doa saya agar perkahwinan ini diberkati dan akan kekal hingga akhir hayat,” kata Mawar kepada Sinar Harian.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu sebagai memperingati tarikh ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf iaitu Datuk Yaakob Mohammad.

The post Sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri Raf appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri Raf

Sekianlah artikel Sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri Raf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri Raf dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/sekali-lafaz-mawar-sah-bergelar-isteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :