Judul : Saya cari peluang bukan rampas
link : Saya cari peluang bukan rampas
Saya cari peluang bukan rampas
“SAYA tidak rampas rezeki pelakon lain. Saya masuk pasaran hiburan Melayu sebab saya orang Malaysia,” kata pelakon dan penyanyi Alvin Chong, 26, menepis dakwaan sesetengah pihak mengenai pembabitannya dalam drama Melayu.
Anak seni meningkat naik itu turut menegaskan mereka tidak ada hak untuk berkata sedemikian kerana dia berusaha keras untuk mencari peluang dalam industri.
“Mereka tidak boleh cakap seperti itu kerana saya juga seperti mereka yang berusaha keras mencari peluang berlakon.
“Ketika berlakon dalam Suri Hati Mr Pilot, saya masih pelat tetapi saya terus belajar untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.
“Saya orang Malaysia. Saya ingin buktikan, sebagai warganegara Malaysia, saya boleh tonjolkan bakat sama ada dalam pasaran hiburan Cina mahupun Melayu,” katanya.
Katanya lagi, keputusannya untuk memasuki industri hiburan Melayu sering dipersoalkan. Ada yang berpendapat agar dia mengembangkan kerjaya di Hong Kong, China atau Taiwan.
“Ramai yang tanya kenapa masuk industi hiburan Melayu, kenapa bukan ke luar negara? Tapi, bagi saya, kalau dalam industri seni Malaysia pun saya tidak boleh survive, macam mana mahu bertahan di luar negara?
“Saya tidak menolak peluang untuk ke sana tetapi biarlah saya ada tapak yang kukuh di sini. Sekurang-kurangnya apabila cubaan saya menembusi pasaran di luar negara tidak membuahkan hasil saya sudah ada ‘rumah’ di sini,” katanya.
The post Saya cari peluang bukan rampas appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Saya cari peluang bukan rampas
Anda sekarang membaca artikel Saya cari peluang bukan rampas dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/saya-cari-peluang-bukan-rampas.html