Sarah Hildebrand, Nabil Mahir Disangka Dah Kahwin

Sarah Hildebrand, Nabil Mahir Disangka Dah Kahwin - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarah Hildebrand, Nabil Mahir Disangka Dah Kahwin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarah Hildebrand, Nabil Mahir Disangka Dah Kahwin
link : Sarah Hildebrand, Nabil Mahir Disangka Dah Kahwin

Baca juga


Sarah Hildebrand, Nabil Mahir Disangka Dah Kahwin

PELAKON Sarah Hildebrand memberitahu ramai menyangka dia sudah mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya yang juga pengacara Nabil Mahir.

Kata pemilik nama sebenar Nur Sarah Marier Hildebrand ini, mereka masih belum mempunyai ikatan sebagai suami-isteri seperti disangka namun mengakui ada terfikir untuk berkahwin.

“Tidak… Saya belum kahwin tetapi memang ada orang fikir yang kami sudah pun berkahwin.

“Niat untuk berkahwin itu memang ada memandangkan hubungan kami pun sudah mencecah tiga tahun tetapi buat masa ini belum ada sebarang tarikh tertentu,” katanya.

Sarah, 27, ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen (FTV) iaitu Wanita Terindah yang diadkan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Selain Sarah FTV itu turut dibintangi oleh Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Redzuan Hashim dan Adam Mika.

Ia disiarkan menerusi Astro First Eksklusif bermula pada Khamis.

Dalam pada itu, Sarah berkata, buat masa ini mereka bersepakat untuk memberi tumpuan untuk memantapkan karier seni mereka terlebih dahulu dan tidak terburu-buru untuk berkahwin.

Mengakui ada perasaan bimbang berkawan terlalu lama, Sarah bagaimanapun positif dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Nabil selain berpegang kepada jodoh.

“Jujurnya kami berdua belum bersedia untuk berkahwin kerana masing-masing ingin mengejar cita-cita dalam karier terlebih dahulu.

“Takut juga kawan lama-lama tetapi saya percaya dalam sesebuah hubungan kita perlu meletakkan kepercayaan seratus peratus terhadap pasangan.

“Walaupun ada anasir tidak baik cuba menggangu kita sendiri jangan cuba memberi ruang untuk ia berlaku,” katanya.

Bercakap mengenai kemunculannya dalam Wanita Terindah, Sarah mengakui timbul perasaan bimbang lakonannya akan dikritik memandangkan dia pernah menerima kritikan negatif sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, dia sudah memberikan yang terbaik dan berharap akan diberi lebih banyak peluang berlakon pada masa hadapan.

“Wanita Terindah memberi pengalaman baru kepada saya dan Alhamdulillah rakan-rakan pelakon banyak membantu kerana saya ada perasaan bimbang lakonan saya tidak bagus.

“Cuma cabarannya apabila babak sedih atau memerlukan saya menitiskan air mata namun rasanya ada peningkatan tetapi tetap mencabar,” katanya.

The post Sarah Hildebrand, Nabil Mahir Disangka Dah Kahwin appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sarah Hildebrand, Nabil Mahir Disangka Dah Kahwin

Sekianlah artikel Sarah Hildebrand, Nabil Mahir Disangka Dah Kahwin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sarah Hildebrand, Nabil Mahir Disangka Dah Kahwin dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/sarah-hildebrand-nabil-mahir-disangka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :