Judul : Robert Mugabe – Dari seorang cikgu ke seorang diktator
link : Robert Mugabe – Dari seorang cikgu ke seorang diktator
Robert Mugabe – Dari seorang cikgu ke seorang diktator
Kita baru je dengar berita yang mengatakan presiden terlama Zimbabwe, Robert Mugabe dah pun meletakkan jawatannya. Peletakan jawatan tu diumumkan oleh Speaker Parlimen dan disambut dengan sorakan para ahli Dewan Parlimen Zimbabwe. Dengan ini, maka tamatlah pemerintahan Mugabe selama 37 tahun sejak tahun 1980.
Semuanya ni berlaku bila pihak tentera dah lakukan rampasan kuasa pada minggu lepas. Walaupun begitu, kalau kita tengok kenyataan yang dikeluarkan tentera, pihaknya masih kata yang ianya bukan rampasan kuasa. Sebaliknya kata yang ia adalah ‘pembetulan tanpa pertumpahan darah’ untuk mengembalikan Zimbabwe menjadi sebuah negara yang amalkan demokrasi moden dan tulen.
Kemunculan Mugabe kepada khalayak ramai lepas dikenakan tahanan rumah. Imej dari CNN.
Kalau kita menyingkap balik sejarah, Zimbabwe menyimpan banyak kisah sama ada kejayaan atau penderitaan. Malah pada tahun 1960-an, takde nama Zimbabwe dalam peta dunia. Kerana negara tu pada asalnya dikenali sebagai Rhodesia.
Mugabe – Dari seorang cikgu ke pejuang kebebasan
Seperti banyak negara di Afrika, Rhodesiajuga dijadikan tanah jajahan kuasa besar British. Rhodesia terbahagi kepada dua – Rhodesia Utara dan Rhodesia Selatan. Rhodesia Utara kemudiannya jadi Zambia dan Rhodesia Selatan pulak jadi Zimbabwe.
British jajah negara-negara ni lama dan ada yang sampai lebih dari 100 tahun. Ketika ini jugalah lahirnya seorang lelaki bernama Robert Gabriel Mugabe pada tahun 1924. Mugabe adalah anak ketiga dari enam adik beradik dari keluarga yang miskin. Walaupun macam tu, Mugabe tetap dapat pendidikan sampai boleh pegang diploma pendidikan.
“Mugabe lulus dari Katuma’s St. Francis Xavier College pada 1945. Dalam masa 15 tahun selepas itu, dia mengajar di Rhodesia dan Ghana serta melanjutkan pelajarannya ke Universiti Fort Hare, Afrika Selatan.” – Dipetik dari History.com
Hati-hati…silap karang dia yang jatuh. Victoria Fall, salah satu tempat pelancongan kat Zimbabwe. Imej dari Financial Gazette.
Masa kat Afrika Selatan, Mugabe join Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) dan datang kat macam-macam mesyuarat nasionalis Afrika. Antara aktivis terkenal ANC masa tu adalah Nelson Mandela. Mugabe pun mula berkenalan dengan ideologi Marxist (komunis) lepas dia jumpa dengan komuniti Yahudi komunis kat Afrika Selatan.
Dalam waktu sama, dia juga mula terpengaruh dengan perjuangan Mahatma Gandhi yang membebaskan India. Maka bersemangatlah Mugabe nak membebaskan negaranya dari cengkaman penjajah British. Jadinya, pada 1960 Mugabe masuk Parti Demokratik Nasional tapi kemudiannya diharamkan.
Mugabe dengan rakan seperjuangan – Joshua Nkomo (kemudiannya jadi Naib Presiden). Imej dari sahistory.org
Lepas tu, Mugabe masuk pula Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (ZANU). Dalam masa yang sama, pada 1965 – orang kulit putih yang berasal dari England dah tubuhkan kerajaan diorang kat Rhodesia Selatan dengan nama Republik Rhodesia. Diorang amalkan dasar Apartheid yang menindas orang kulit hitam, sama macam kat Afrika Selatan.
Ian Smith, PM Rhodesia Selatan. Imej dari thepatriot.co
Kalau kat Afrika Selatan ada Nelson Mandela – Zimbabwe ada Robert Mugabe
Tak lama dalam politik, pada tahun 1964 Mugabe ditangkap dan dihukum penjara oleh pemerintah. Mugabe habiskan masa 10 tahun dalam penjara. Masa dalam penjara, Mugabe ajar bahasa Inggeris kat kawan-kawan dalam tahanannya.
“Ketika di dalam penjara, anaknya yang berusia tiga tahun meninggal dunia kerana malaria, tetapi kerajaan menolak permintaannya untuk hadir ke majlis pengkebumian. Selepas 10 tahun, dia dibebaskan dari penjara dan ZANU-PF mula menggunakan cara militan dalam cubaan mengukuhkan kuasa.” – Dipetik dari ABC News.
Mugabe & isteri pertamanya, Sally Hayfron. Imej dari roguechiefs.com
Pada tahun 1974, Mugabe mula hidup dalam buangan kat Zambia dan Mozambique. Tiga tahun lepas tu, Mugabe mula mengawal gerakan politik dan militan ZANU. Dia juga ambil banyak pandangan politik Marxist dan Mao (Mao Tse-tung). Namanya juga mula masyhur sebagai pejuang revolusi dan kebebasan menentang penindasan orang kulit putih.
Pada tahun 1980, akhirnya Rhodesia dapat kemerdekaan dan pilihan raya pun diadakan. Nama negara pun ditukar kepada Zimbabwe. ZANU menang besar dan Mugabe diangkat sebagai Perdana Menteri Zimbabwe yang pertama. Tujuh tahun lepas tu, dia diangkat sebagai Presiden Zimbabwe.
Mugabe & Canaan Banana (bekas Presiden Zimbabwe). Imej dari al-Jazeera.
Kalau dilihat, kejayaan Zimbabwe ni lebih awal dari Afrika Selatan. Sebabnya, dasar Apartheidhanya tamat pada 1991, apabila Mandela bebas pada 1990 dan kemudiannya menjadi presiden. Tapi Mugabe berjaya bebaskan Zimbabwe dari dasar yang agak sama, 11 tahun lebih awal dari Afrika Selatan. Kerana itulah ada yang cakap – kalau kat Afrika Selatan ada Mandela, kat Zimbabwe ada Mugabe.
“Tetapi Mugabe tidak seperti Mandela. Pada tahun 1982 hingga 1986, beliau memerangi pihak pembangkang khususnya rakyat Zimbabwe daripada kaum Ndebele hingga 20,000 orang terkorban. Dunia mulai dapati bahawa harapan mereka terhadap Mugabe untuk menjadi pemimpin yang bagus berkecai.” – Zin Mahmud, dipetik dari Utusan Malaysia.
Mandela jadi Presiden Afrika Selatan, 5 tahun je. Imej dari enca.com
Mugabe jalankan tindakan merampas ladang-ladang orang kulit putih
Sepanjang tahun 1990-an, Mugabe dah menang dua kali dalam pilihan raya kerana popularitinya sebagai seorang pejuang masih tebal di minda rakyat. Dia juga dah hantar tentera ke Congo sebagai campur tangan dalam perang saudara kat sana. Mugabe masa tu boleh dikatakan sebagai seorang pemimpin besar di Afrika.
Berbeza dengan dasar Mandela yang tak cuba balas dendam kepada orang kulit putih, Mugabe nampaknya pilih untuk membalas dendam. Pada tahun 2000, dia dah buat satu tindakan merampas ladang-ladang orang kulit putih, untuk dibagikan kepada penduduk pribumi Zimbabwe.
Salah seorang pemilik ladang kulit putih yang dihalau. Imej dari businessinsider.com
Dia rampas ladang-ladang orang kulit putih atas nama reformasi. Tindakan Mugabe ini juga selalu dikaitkan dengan tindakan Idi Amin (Presiden Uganda) yang pernah halau orang Asia Selatan dan kulit putih yang datang ke negara tu masa penjajahan British.
Tindakan Mugabe ni dah timbulkan banyak kritikan terhadap pemerintahannya dan banyak negara kulit putih kenakan sekatan ekonomi pada Zimbabwe. Tapi, ada juga yang puji tindakan dia ni.
“Dia telah dipuji dengan menunaikan janji untuk memulangkan tanah kepada penduduk Afrika dan menangani ketidakadilan dalam pengagihan tanah, walaupun berlaku perselisihan. Masih banyak yang memujinya kerana menolak campur tangan Barat dalam urusan Afrika. Pendirian Mugabe tentang campur tangan Barat tetap tidak berubah.” – Dipetik dari eNews Channel Africa.
Ingatkan Mugabe masa muda tadi. Imej dari Giphy.
Mugabe juga dipuji sebab usahanya yang banyak buat hospital dan pusat pendidikan. Pada tahun 2015, dilaporkan 90% orang dewasa di Zimbabwe celik huruf dan ia menjadikan negara tu sebagai negara celik huruf tertinggi di Afrika. Tapi UNESCO pulak kata hanya 83% je.
Nak memerintah sampai umur 100 tahun
Pada tahun 1996, Mugabe berkahwin buat kali kedua dengan Grace Mugabe yang juga pernah jadi setiausaha kat pejabatnya. Masa perkahwinan diorang, ramai pemimpin dunia yang datang termasuklah Nelson Mandela.
Pada tahun lepas, Mugabe ada buat pengumuman yang dia tak akan letak jawatan dan plan nak memerintah sampai umur 100 tahun! Bukan main yakin dia boleh hidup sampai 100 tahun. Dia juga selalu kata yang dia hanya akan letak jawatan bila revolusinya dah selesai.
“Kenapa pengganti? Saya masih di sana. Kenapa hendakkan pengganti? Saya tak kata saya calon untuk bersara. Pemimpin dipilih bukan dilantik… Saya gembira sebab saya dah sampai ke umur yang saya hendak. Kamu tahu sampai umur berapa yang saya nak? 100 tahun. Jadinya, hanya tinggal lapan tahun je lagi.” – Robert Mugabe, dipetik dari Rauters.
Mugabe dan Grace masa majlis perkahwinan diorang. Imej dari bulawayo24.com
Bekas speaker parlimen Zimbabwe pernah kata:
“Dalam budaya Zimbabwe, raja hanya akan diganti bila mereka meninggal dunia dan Mugabe adalah raja kami.” – Didymus Mutasa, dipetik dari BBC.
Sepanjang pilihan raya, Mugabe tak pernah kalah sampailah pada tahun 2008. Sebab buat kali pertamanya, parti ZANU-PF hilang dua pertiga kat parlimen. Mugabe masa tu dah pun berumur 84 tahun dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang satu generasi dengannya semua dah bersara atau meninggal dunia.
Imej dari IBTimes Singapore & sbrroofing.com.
Walaupun masih menang, ramai yang kata Mugabe sebenarnya buat tipu masa undi dan bagi tekanan kepada parti pembangkang. Disebabkan Mugabe dah semakin tua, nampaknya dia cuba nak kukuhkan kedudukan isterinya sebagai pengganti.
Tapi populariti isteri dia ni tak berapa baik sebab terkenal dengan sikap suka bermewah-mewah, dikala rakyat hidup dalam kesusahan. Grace Mugabe juga dilaporkan pernah serang seorang jurufoto dari The Times masa kat Hong Kong. Seorang model dari Afrika Selatan pun pernah kata yang dia kena serang dengan Grace menggunakan kabel elektrik.
“Walaupun dianggarkan bahawa kekayaan keluarga Mugabe melebihi $1 bilion, sebahagian besarnya berada di luar negara dan dengan demikian sukar dijejaki, sudah diketahui bahawa portfolio hartanah mereka meningkat secara dramatik selama bertahun-tahun, dengan rumah-rumah di Hong Kong, Malaysia, Singapura, dan ladang-ladang yang dirampas, atau diperolehi, dari pemilik sebelumnya di Zimbabwe.” – Dipetik dari Forbes.
Datin Seri Rosmah Mansor terima kunjungan Grace Mugabe kat Seri Perdana tahun lepas. Imej dari Malay Mail Online.
Mesti korang ada terfikir macam mana Mugabe ni jaga kesihatan. Menurut sumber dari isterinya sendiri, Mugabe ni selalu bangun tidur pada pukul 5 pagi dan akan buat senaman termasuklah yoga. Dia juga tak minum alkohol, kopi dan amalkan vegetarian. Sebab tu lah, masa umur 73 tahun pun dia masih boleh buat dan dapat anak.
Steady! Imej dari Giphy.
Duit Zimbabwe jatuh teruk, sampai boleh buat semua rakyatnya jadi jutawan
Apa yang lebih memburukkan pemerintahan Mugabe adalah keadaan ekonomi negara itu. Antara dasar-dasar yang merosakkan itu adalah:
- Kerajaan Mugabe cetak banyak duit untuk menampung kewangan negara tu masa terlibat dalam perang di Congo.
- Kerajaan gagal mengawal aktiviti rasuah sehingga menyebabkan negara tu terletak di tangga 154 (menurut Transparency International).
- Tindakan kerajaan merampas ladang-ladang orang kulit putih membuatkan pelabur asing tak mahu datang dan berlakunya sekatan ekonomi.
- Dengan kejatuhan ekonomi, hutang negara itu semakin bertambah.
Perang Congo. Imej dari thoughtco.com
Hal-hal ini dah membuatkan Zimbabwe jatuh ke lembah krisis, sampai akhirnya inflasi negara tu bertambah teruk. Secara ringkasnya inflasi boleh dimaksudkan sebagai kenaikan secara umum harga barang. Bila inflasi jadi, barangan yang dapat dibeli setiap dolar akan berkurangan berbanding sebelum jadinya inflasi.
Itulah yang jadi pada Zimbabwe bila mata wang asing yang diperlukan untuk beli barang import berkurang sampai sebabkan harga barang naik mendadak. Nilai duit negara tu jatuh teruk sampai menyaksikan mata wang dollar Zimbabwe takde nilai. Pada tahun 2015, tukaran untuk 1 USD kepada dollar Zimbabwe adalah – 250,000,000,000,000. (Macam mana nak sebut pun tak tau).
“Duit kertas paling tinggi di Zimbabwe yang pernah dikeluarkan adalah 100 trilion, yang sekarang ini popular sebagai cenderahati pelancong dengan nilainya hanya 40 USD.” – Dipetik dari Euro News.
Dengan satu keping duit kertas, korang boleh jadi trilioneir. Imej dari Bloomberg.
Disebabkan mata wang Zimbabwe dah lumpuh, negara ni sekarang guna mata wang asing macam USD (Amerika), Pound sterling (Britain), Euro, dollar Australia, Yuan (China), Rupee (India) dan Yen (Jepun). Setakat tahun 2011, dianggarkan lebih 70% rakyat Zimbabwe hidup dalam kemiskinan. Manakala, 28% kanak-kanakdi negara tu terbantut tumbesaran kerana kekurangan zat makanan yang kronik.
Harga ayam ni 1 bilion – kata si penjual. Imej dari hoax-slayer.net
Apa nasib Zimbabwe lepas kejatuhan Mugabe?
Itulah persoalan yang bermain di minda ramai pihak sekarang ni. Bekas Naib Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa, dikatakan akan menggantikan Mugabe sebagai Presiden yang baru. Walaupun mungkin ada pihak yang kata – ini satu kejayaan pihak tentera dalam menjatuhkan seorang pemimpin korup. Tapi nampaknya itu mungkin satu perkara yang silap.
“Kepala tentera Zimbabwe, Constantine Chiwenga sendiri merupakan politikus parti pemerintah ZANU-PF yang bermanfaat daripada rampasan tanah… yang diperkenalkan oleh Mugabe sejak tahun 2000.
Mereka menggulingkan Mugabe demi mempertahankan kroni mereka, Emmerson Mnangagwa yang dilucut daripada jawatan naib presiden. Mnangagwa ni bukan Nelson Mandela, dia merupakan orang kanan Mugabe yang banyak buat kerja-kerja kotor untuk Mugabe, sampai diberi gelaran “Crocodile” atas sifat kejamnya.” – Dipetik dari Ayman Rashdan Wong.
Imej dari BBC.
Makanya, masa depan Zimbabwe masih lagi belum jelas. Tapi Mnangagwa ada kata yang dia akan wujudkan peluang pekerjaan kepada 90% rakyat negara tu yang menganggur. Pihak pembangkang negara itu pula berharap yang akan ada pilihan raya bebas dan bersih selepas kejatuhan Mugabe.
Walalupun Mugabe pernah ada cita-cita nak memerintah sampai umurnya 100 tahun, tapi nampaknya perjalanan politiknya tamat pada usia 93 tahun. Mugabe menjadi tauladan kepada kita semua tentang macam mana seorang wira rakyat akhirnya kalah dengan godaan kuasa sampai terlalu sukar untuknya melepaskan kedudukan.
Gaddafi pada mulanya disanjung, tapi akhirnya disingkir dan dibunuh. Imej dari povijest.hr
Online News Malaysia“Banyak pengorbanan telah dilakukan oleh rakyat… Tetapi tidak banyak bekas tanah jajahan yang menjadi negara yang berjaya. Pejuang-pejuang kemerdekaan yang menjadi wira berubah apabila mereka menjadi ahli politik.
Bukan saja mereka menjadi pentadbir yang buruk tetapi bergelumang dengan korupsi. Harapan rakyat berkecai. Perjuangan kemerdekaan yang penuh dengan darah, keringat dan air mata menjadi sia-sia. Sehubungan itu adalah sifat kuasa itu sendiri.” – Zin Mahmud, dipetik dari Utusan Malaysia.
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Robert Mugabe – Dari seorang cikgu ke seorang diktator
Anda sekarang membaca artikel Robert Mugabe – Dari seorang cikgu ke seorang diktator dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/robert-mugabe-dari-seorang-cikgu-ke.html