Judul : Rezeki Dr Ezani berpanjangan
link : Rezeki Dr Ezani berpanjangan
Rezeki Dr Ezani berpanjangan
‘Jodoh’ Dr Ezani Farhana Md. Monoto dan Scotch-Brite masih berpanjangan apabila bekas juara Masterchef Malaysia musim pertama ini masih kekal bergelar duta produk pencuci jenama terkenal itu buat tahun kedua.
Pelantikan tersebut memberi kegembiraan buat anak kelahiran Muar, Johor itu kerana tanggungjawab sebagai cef yang aktif memerlukan Ezani sentiasa menggunakan produk sabut penyental berkualiti bertujuan membersihkan pinggan, mangkuk, perkakas masakan dan sebagainya.
Menurut Ezani, 32, yang merupakan salah seorang bakat di bawah pengurusan SukaSucre Creatives, dia mempercayai magis produk berkenaan kerana ia menjadikan gerak kerja dalam kehidupan moden ini bertukar lebih efektif, cekap dan berinovasi sama ada di rumah ataupun di dapur.
“Saya berasa teruja apabila diberikan peluang memasuki tahun kedua bagi bergelar duta kepada sebuah jenama dikenali dan dipercayai oleh rakyat Malaysia,” katanya yang juga merupakan seorang doktor gigi ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian penyambungan kontrak sebagai duta di pusat beli belah 1 Utama di sini hari ini.
Pada majlis sama, anak bongsu daripada dua beradik itu turut menjalankan demonstrasi masakan selain berkongsi tip membersihkan dengan menggunakan produk berkenaan bersama tetamu termasuk para media.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu dilihat sebagai individu paling bertepatan dalam berkongsi pengalaman di dapur sekali gus mewakili jenama produk Scotch-Brite untuk kegunaan isi rumah di negara ini di samping berfungsi bagi penjimatan wang pengguna.
The post Rezeki Dr Ezani berpanjangan appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Rezeki Dr Ezani berpanjangan
Anda sekarang membaca artikel Rezeki Dr Ezani berpanjangan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/rezeki-dr-ezani-berpanjangan.html