Realiti konflik rumah tangga

Realiti konflik rumah tangga - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Realiti konflik rumah tangga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Realiti konflik rumah tangga
link : Realiti konflik rumah tangga

Baca juga


Realiti konflik rumah tangga

Kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada berdepan ujian. Tiada di antara kita yang terlalu sempurna sehingga semuanya nampak indah setiap masa.

Itulah situasi yang digambarkan dalam telefilem Bawa Aku Ke Syurga arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang akan menemui penonton pada 13 November ini di TV9, jam 8.30 malam.

Shuhaimi berkata, naskhah tulisan Zyza Backy ini mengutarakan konflik yang berlaku dalam keluarga Nizam dan isterinya Yana serta anak lelaki mereka, Syafiq.

Menurutnya, Nizam terlalu memanjakan isterinya hingga memberikan segala kemewahan untuknya. Semua kehendak dan keinginan isterinya dipenuhi tanpa banyak soal.

“Ini yang salahnya kerana apa yang diberikan membuatkan Yana semakin terpengaruh dengan kehidupan mewah kawannya serta ditambah hasutan ibunya, dia mula menjadi mata duitan.

“Langit tak selalunya cerah dan apa yang akan jadi apabila berlaku perkara sebaliknya? Konflik mula berlaku apabila Nizam diberhentikan kerja apabila kilang tempatnya bekerja bertindak mengurangkan pekerja akibat kegawatan ekonomi,” katanya.

Shuhaimi berkata, apa yang dipaparkan bukan rekaan dan sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat. Realitinya banyak yang berdepan saat-saat sukar begini.

“Kehidupan Nizam berubah serta-merta dengan menanggung hutang keliling pinggang. Masalah yang dihadapinya itu disembunyikan pula daripada pengetahuan isteri dan anaknya.

“Plot cerita bertambah menarik apabila Yana tanpa sengaja bertemu dengan kawan satu universitinya, Farouk dan mereka menjalin kasih,” katanya.

Plot cerita semakin menarik kerana Yana yang sukakan kemewahan, diumpan oleh Farouk yang sering membelikan barangan mewah untuknya.

“Yana jelas curang dengan suaminya dan tembelangnya pecah apabila Nizam berjaya menangkapnya sedang bermesra dengan kekasih.

“Hati Nizam luluh lalu menceraikan Yana dan membawa diri pulang ke kampung bersama anaknya. Biarlah penonton menyaksikan kesudahannya apabila disiarkan nanti,” katanya.

Menurutnya, dia beruntung kerana dapat bekerja dengan barisan pelakon yang mantap iaitu Tiz Zaqyah, Hafidz Roshdi, Fadhilah Mansor, Razak Ahmad dan ramai lagi.

“Masing-masing memainkan peranan menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik. Kemampuan Tiz tak perlu dipertikaikan, manakala Hafidz semakin lama semakin menunjukkan lakonan yang berkualiti.

“Mereka sudah buat kerja rumah sebelum turun ke set penggambaran dan saya tak perlu memberikan banyak tunjuk ajar,” katanya.

Shuhaimi berkata, dia tidak pernah berdepan masalah besar sepanjang penggambaran sekali gus menjadikan segala-galanya berjalan lancar.

Shuhaimi sebelum ini pernah mengarahkan filem pendek berjudul Chukang dan pelbagai drama antaranya Perempuan Tanpa Rahim, dia terus mempelbagaikan sentuhan kreatifnya dengan menghasilkan drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Bencita, Rebah Taubat, Beruk Tok Ayah, Ramadan Jangan Tinggal Kami dan Nasuha.

Tidak ketinggalan, dia juga mengarahkan drama komedi seperti Besan Tiga Segi, Kampung Ku, Aidiladha, Abang Sado Kau Ado, Jangan Ambil Botol Itu, Rajuk, Azrul Bendul dan Isteri Untuk Abang Long.

The post Realiti konflik rumah tangga appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Realiti konflik rumah tangga

Sekianlah artikel Realiti konflik rumah tangga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Realiti konflik rumah tangga dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/realiti-konflik-rumah-tangga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :