Judul : Peserta Afrika Selatan Menang Miss Universe 2017
link : Peserta Afrika Selatan Menang Miss Universe 2017
Peserta Afrika Selatan Menang Miss Universe 2017
Peserta dari Afrika Selatan, Demi-Leigh Nel-Peters memusnahkan impian 91 peserta lain apabila dinobat sebagai Ratu Cantik Dunia (Miss Universe) tahun ini.
Kemenangan Demi-Leigh diumumkan pada pertandingan Ratu Cantik (Miss Universe 2017) telah pun berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat, hari ini.
Peserta berasal Colombia, Laura Gonzalez, memenangi tempat kedua sementara Davina Bennet yang mewakili Jamaica menduduki tempat ketiga.
Demi-Leigh menerima mahkota Miss Universe daripada Iris Mittenaere yang merupakan Ratu Cantik Dunia 2016.
Dalam ucapannya, Demi-Leigh berkata, kepercayaan diri menjadi semangat untuknya terus berjuang dalam pertandingan tersebut.
Baginya, mereka yang menyertai Miss Universe adalah wanita yang mampu berdepan dengan banyak ketakutan sekaligus memberi inspirasi kepada orang lain.
Dengan kemenangannya tersebut, gadis berusia 22 tahun ini akan mendapatkan gaji sebagai Miss Universe 2017 selama setahun, sebuah pangsapuri mewah di New York serta beberapa hadiah lain.
Malaysia turut bersaing pada pertandingan tersebut dengan diwakili Miss Universe Malaysia 2017, Samantha James.
The post Peserta Afrika Selatan Menang Miss Universe 2017 appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Peserta Afrika Selatan Menang Miss Universe 2017
Anda sekarang membaca artikel Peserta Afrika Selatan Menang Miss Universe 2017 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/peserta-afrika-selatan-menang-miss.html