Peristiwa selepas pembunuhan Birch

Peristiwa selepas pembunuhan Birch - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peristiwa selepas pembunuhan Birch, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peristiwa selepas pembunuhan Birch
link : Peristiwa selepas pembunuhan Birch

Baca juga


Peristiwa selepas pembunuhan Birch

Tentu ramai daripada kita tahu kisah pembunuhan Residen British pertama di Perak, JWW Birch.

Pembunuhan itu dilakukan seorang pahlawan wanita bernama Wan Cik Gondah pada 2 November 1875, ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

Peristiwa ini pernah dikisahkan menerusi pementasan teater Wan Cik Gondah Serikandi Perak oleh Pertubuhan Bangsawan Warisan Moraza Negeri Perak pada 2009.

Mengambil cerita dan latar yang sama, Majlis Teater Perak (MTP) mengolah karya asal Allahyarham Onie Moraza dengan menghasilkan naskhah terbaru berjudul Kesumat Di Pasir Salak arahan Anne Zahureen yang dipentaskan di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teater olahan Ard Omar ini dibarisi pelakon terdiri daripada aktivis teater Perak serta Anne sendiri dan turut menampilkan nama besar, Mior Hashim Manap yang memegang watak Datuk Maharajalela.

Kesumat Di Pasir Salak memaparkan peristiwa selepas pembunuhan JWW Birch apabila Inggeris menawarkan ganjaran untuk menangkap Wan Cik Gondah.

Ini membuatkan segelintir penduduk yang tamak harta mencari jalan menangkap Wan Cik Gondah bagi merebut peluang yang ditawarkan.

Set dan prop teater ini sangat sederhana tetapi paling penting, Anne cuba menekankan sikap segelintir orang Melayu yang sentiasa mencari jalan mudah mengaut keuntungan biarpun digelar pengkhianat.

Persembahan setiap pelakon wajar dipuji, manakala penampilan Mior berjaya memberikan nafas tersendiri untuk teater ini di bawah program Siri Panggung Drama 2017.

Anne berkata, teater ini dibuat sebagai pengajaran bagi menunjukkan sikap masyarakat Melayu yang mudah berpecah-belah hanya kerana ganjaran.

“Saya nak tunjukkan di mana bermulanya perpecahan orang Melayu dan apa yang berlaku menjadi dendam kesumat berterusan.

“Ceritanya diangkat daripada naskhah lama tetapi apabila diolah semula, ia boleh dikatakan satu karya baru. Ia pertama kali dipentaskan kepada peminat,” katanya.

Mior pula hanya menjalani latihan singkat namun bersyukur kerana berjaya menunjukkan lakonan yang baik.

“Minat dan keyakinan membantu saya menjiwai watak. Selama ini pun saya sentiasa berbual dengan waris Megat Terawis serta Datuk Maharajalela dan tahu latar belakang mereka.

“Inilah yang buat saya nak cuba watak ini. Saya sempat menjalani latihan kurang seminggu dan hanya pergi ke Perak sekali untuk buat latihan,” katanya.

Melihatkan pada set yang sederhana, Mior menyarankan Majlis Teater Perak mementaskan teater ini di semua daerah di Perak kerana mempunyai mesej tersendiri.

The post Peristiwa selepas pembunuhan Birch appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Peristiwa selepas pembunuhan Birch

Sekianlah artikel Peristiwa selepas pembunuhan Birch kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peristiwa selepas pembunuhan Birch dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/peristiwa-selepas-pembunuhan-birch.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :