Pergi Konsert Naik Basikal

Pergi Konsert Naik Basikal - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pergi Konsert Naik Basikal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pergi Konsert Naik Basikal
link : Pergi Konsert Naik Basikal

Baca juga


Pergi Konsert Naik Basikal

Masalah terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan mencari pakir kereta yang sering dialami kebanyakan peminat yang gemar ke konsert KPop mahupun artis antarabangsa kini boleh di atasi dengan menggunakan basikal untuk ke stadium.

Penganjur konsert Asia yang ternama, IME Group, telah mengadakan kerjasama dengan oBike iaitu pengendali kongsi-basikal tanpa stesen yang pertama dilancarkan di Malaysia.

Para peminat boleh menggunakan perkhidmatan basikal-basikal oBike sebagai pengangkutan mudah ke acara-acara IME Productions pada masa akan datang.

“Kami sungguh teruja dengan pengalaman menarik yang bakal dinikmati oleh para peminat melalui perjanjian ini

“kami mengalu-alukan oBike sebagai rakan usaha sama kerana mereka merupakan pengendali kongsi-basikal yang terkemuka di rantau Asia dan kehadiran mereka di pasaran-pasaran di mana konsert-konsert kami bakal berlangsung menjadikan mereka sebagai pilihan utama kami,” Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IME, Brian Chow.

Kerjasama strategik ini akan membolehkan para peminat iME menghayati sepenuhnya pengalaman konsert tanpa perlu lagi bimbang mengenai masalah pengangkutan dan
sekaligus mengurangkan kekecewaan yang sering mereka hadapi disebabkan oleh situasi lalu lintas.

Di samping itu, pihak berkuasa perbandaran dan kerajaan juga sedang berusaha untuk mengatasi perubahan iklim dan perkongsian ini bakal membantu penonton konsert mengurangkan jejak karbon mereka.

..

Bermula dengan Siri Jelajah Dunia G.E.M. di Kuala Lumpur pada 18 November, oBike akan menempatkan basikal-basikal untuk kegunaan bersama berdekatan dan di lokasi-lokasi konsert IME di sekitar Singapura, Malaysia, Thailand dan Taiwan.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan oBike, layari https://o.bike/. App oBike atau App Store dan Google Play.

The post Pergi Konsert Naik Basikal appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pergi Konsert Naik Basikal

Sekianlah artikel Pergi Konsert Naik Basikal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pergi Konsert Naik Basikal dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/pergi-konsert-naik-basikal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :