Judul : Penglibatan gerai jualan selebriti
link : Penglibatan gerai jualan selebriti
Penglibatan gerai jualan selebriti
STADIUM Sultan Abdul Halim, Alor Setar Kedah bakal menjadi tumpuan ramai menerusi Festival All In One yang bakal berlangsung pada 28 hingga 3 Disember depan.
Penganjuran festival yang dijangka mendapat perhatian masyarakat setempat ini bertujuan mengumpulkan seberapa ramai usahawan dan peniaga tempatan untuk sama-sama menjana ekonomi negara.
Dianggarkan lebih 100 usahawan bakal menyertai acara yang menggabungkan tiga festival utama yang diadakan secara berasingan sebelum ini iaitu Festival Selebriti, Festival Makanan Antarabangsa dan Festival Kedah Cergas.
Menariknya, festival terbesar negeri Kedah anjuran Ten Buddy Event ini turut mendapat kerjasama Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) yang bakal menyaksikan barisan selebriti tanah air yang terlibat turun padang berniaga.
Antara yang bakal terlibat ialah Anne Abdullah, Shila Mambo, Liza Abdullah, Zakiah Anas, Sapura dan Ainina Ahmad B.
Menurut pelakon Anne Abdullah yang juga presiden GTAS, penglibatan ahli GTAS diharap dapat menarik perhatian pengunjung, selain membantu mereka mempromosikan perniagaan yang diusahakan.
“Kesemua ahli GTAS merupakan usahawan dan mempunyai perniagaan sendiri yang diusahakan secara tetap. Jadi menerusi kerjasama ini, mereka mendapat ruang untuk berniaga dan dalam masa sama mampu menjadi tarikan kepada pengunjung untuk sama-sama memeriahkan festival ini.
“Untuk Festival All In One ini, seramai 10 ahli GTAS akan tampil dengan barang jualan masing-masing,” ujar Anne yang turut mengambil bahagian.
Zakiah Anas yang juga salah seorang selebriti yang bakal terlibat dalam festival ini berkongsi rasa terujanya untuk bersama-sama para usahawan lain untuk memeriahkan acara yang yang tunggu ramai ini.
“Saya mula menjadi ahli GTAS sekitar dua tahun lalu ketika baru memulakan perniagaan saya iaitu pakaian kasual lelaki di bawah label Anas by Zakiah Anas.
“Saya melihat kerjasama GTAS dan Ten Buddy Event ini sangat bagus kerana ia memberi platform terbaik kepada kami untuk berniaga dan dalam masa yang sama bertemu peminat dan juga pengunjung yang hadir.
“Harapan kami semoga kerjasama sebegini akan berterusan pada masa akan datang dan semoga lebih ramai lagi artis dan selebriti yang berniaga menyertai GTAS untuk sama-sama mencari peluang memajukan perniagaan,” katanya.
Selain gerai jualan, festival itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan kesenian, permainan rakyat bersama selebriti, forum, ceramah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), ceramah agama bersama selebriti, tahlil Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim dan lain-lain.
Sempena musim cuti sekolah juga, festival ini turut diserikan dengan Mini Karnival Didie And Friends yang tampil dengan bermacam-macam program sampingan untuk pengunjung.
Pengerusi Festival All In One, Roshairi Roslan berkata, pihaknya menjangkakan acara bakal menarik tumpuan ramai menerusi pelbagai aktiviti yang telah dirancang.
“Sesuai dengan nama Festival All In One, kami sebagai penganjur menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua pengunjung yang datang tidak kira peringkat umur.
“Apa yang mereka cari, insya-ALLAH semuanya ada di festival ini termasuklah peluang untuk bertemu artis dan selebriti yang turut sama terlibat dalam karnival ini,” katanya yang ditemui ketika Majlis Sidang Media Festival All In One baru-baru ini.
The post Penglibatan gerai jualan selebriti appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Penglibatan gerai jualan selebriti
Anda sekarang membaca artikel Penglibatan gerai jualan selebriti dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/penglibatan-gerai-jualan-selebriti.html