Judul : Peminat Lovelyz Kena Kurung Dalam Bilik Mandi
link : Peminat Lovelyz Kena Kurung Dalam Bilik Mandi
Peminat Lovelyz Kena Kurung Dalam Bilik Mandi
Baru-baru ini, peminat dikejutkan dengan kontroversi pengurus Lovelyz yang bertindak di luar batas terhadap peminat kumpulan itu ketika di acara sesi bertemu peminat.
Peminat tersebut meluahkan rasa kesal namun dia cuba menenangkan diri di luar dewan. Tetapi ketika dia hendak masuk semula ke dalam dewan, pengurus berkenaan menariknya keluar dan menguncinya di dalam bilik mandi
Pengurus itu turut bertindak tidak sopan dengan meletakkan tangan di bahu peminat tersebut dan bertanya berapa umur peminat itu dengan nada seolah-olah mengancam.
Pendedahan peminat itu akhirnya sampai ke telinga pihak pengurusan Woollim Entertainment. Selaku agensi, mereka telah membuat permohonan maaf kepada mangsa berkenaan.
“Hello, ini adalah Woollim Entertainment. Kami mohon maaf atas kelakuan pengurus di sesi bertemu peminat pada 26 November lalu.
“Kami mohon maaf kepada semua orang yang kesal dengan tindakan pengurus tersebut terhadap peminat.
“Pengurus kami mengakui semua kesalahannya dan agensi akan mengambil tindakan terhadapnya. Kami akan memastikan hal ini tidak akan berulang lagi di masa depan. Kami mohon maaf dengan ikhlas hati kepada peminat sentiasa mengambil berat terhadap Lovelyz kerana hal ini.
The post Peminat Lovelyz Kena Kurung Dalam Bilik Mandi appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Peminat Lovelyz Kena Kurung Dalam Bilik Mandi
Anda sekarang membaca artikel Peminat Lovelyz Kena Kurung Dalam Bilik Mandi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/peminat-lovelyz-kena-kurung-dalam-bilik.html