Judul : Pelakon David Cassidy meninggal dunia
link : Pelakon David Cassidy meninggal dunia
Pelakon David Cassidy meninggal dunia
BEKAS pelakon ‘Patridge Family’, David Casiddy, 67 tahun meninggal dunia setelah dimasukkan ke hospital kerana kegagalan organ lapor E News!
Wakil keluarga mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan.
“Bagi pihak seluruh keluarga Casiddy, dukacita dimaklumkan pemergian seorang ayah, pakcik, adik lelaki, David. Dia perg sambil dikelilingi oleh ahli keluarga yang lain.
“Kita iringi pemergiannya dengan senyuman kerana dia akhirnya bebas daripada penyakit yang lama dihidapinya. Terima kasih atas sokongan dan doa yang dititipkan kepada beliau selama ini,” katanya kenyataan tersebut.
Beliau yang juga seorang penyanyi pada zaman 70 an, meninggalkan dua orang anak, Katie Cassidy, 30 tahun dan Beau Casiddy, 27 tahun.
Minggu lalu, dia dimasukkan ke hospital kerana kegagalan buah pinggang dan hati yang memerlukan pembedahan pemindahan hati lapor TMZ.
Dalam pada itu, awal Februari lalu, Casiddy mendedahkan dia berperang dengan penyakit demensia dipercayai turun temurun daripada datuk dan ibunya di mana pesakit lebih berisiko untuk kegagalan organ.
The post Pelakon David Cassidy meninggal dunia appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pelakon David Cassidy meninggal dunia
Anda sekarang membaca artikel Pelakon David Cassidy meninggal dunia dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/pelakon-david-cassidy-meninggal-dunia.html