Judul : ‘Nyanyi di pusat hiburan? Tidak sama sekali!’
link : ‘Nyanyi di pusat hiburan? Tidak sama sekali!’
‘Nyanyi di pusat hiburan? Tidak sama sekali!’
PENYANYI Ameng Spring tetap dengan pendiriannya menolak tawaran menyanyi di pusat hiburan yang menyediakan minuman keras dan menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO).
Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati ini pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian sebaik dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor pada 14 Jun tahun lalu.
Ameng, 49, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkata, dia banyak didatangi tawaran menyanyi di tempat sebegitu, namun terpaksa menolak secara baik.
“Sejak dibebaskan dari penjara, saya banyak menerima tawaran menyanyi di tempat-tempat seperti itu.
“Sejak dalam penjara, saya sudah bertekad untuk menjauhkan diri daripada menyanyi di tempat yang ada benda haram,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ameng, justifikasi haram yang dimaksudkannya ialah tempat yang menjual minuman keras dan pergaulan bebas serta menawarkan perkhidmatan GRO.
“Saya tidak mahu dilihat seolah-olah mempromosikan lokasi ini. Ia bukan lagi sekadar saya nak menghiburkan tetapi matlamatnya sudah lari.
“Daripada orang tidak kenal tempat itu tetapi hadir semata-mata untuk menonton persembahan saya, perkara sebaliknya berlaku apabila mereka kenal lokasi ini dan tahu apa yang ada didalamnya,” katanya.
Ameng berkata, pendiriannya ini tidak terkecuali membabitkan rakan-rakan baiknya yang menganjurkan acara di pusat hiburan.
“Saya juga ada kawan-kawan lama yang mempunyai kelab dan pernah menganjurkan majlis hari raya di tempat ini tetapi saya tidak hadir.
“Bukan kerana tidak menghormati mereka tetapi saya ada pendirian sendiri yang perlu diikuti,” katanya.
Menurutnya, dari mata kasar, tindakan ini mungkin dilihat merugikannya, tetapi dia lebih mementingkan aspek akhirat berbanding duniawi.
“Ada hikmah di sebaliknya kerana persembahan bukan hanya boleh dibuat di kelab hiburan tetapi juga boleh diadakan di restoran eksklusif dan banyak lokasi lain.
“Ada banyak cef terkenal yang membuka restoran yang tidak membabitkan maksiat dan sebagai artis yang beragama Islam, kita lebih sesuai buat persembahan di sini,” katanya.
The post ‘Nyanyi di pusat hiburan? Tidak sama sekali!’ appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel ‘Nyanyi di pusat hiburan? Tidak sama sekali!’
Anda sekarang membaca artikel ‘Nyanyi di pusat hiburan? Tidak sama sekali!’ dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/nyanyi-di-pusat-hiburan-tidak-sama.html