Naz kekal terajui JJCM

Naz kekal terajui JJCM - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Naz kekal terajui JJCM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Naz kekal terajui JJCM
link : Naz kekal terajui JJCM

Baca juga


Naz kekal terajui JJCM

Meskipun masih dalam proses pulih daripada kesan pembedahan membuang tumor dalam perut, pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), Nazrudin Habibur Rahman bersyukur masih diberi kepercayaan mengelola program berkenaan.

Sudah memasuki musim kelima, Naz menjadi pengacara paling lama selepas Maria Tunku Sabri.

Bagi Naz, sejak disahkan menghidap penyakit berkenaan pada November 2015 dan selesai pembedahan dia perlu menjaga pemakanan.

Oleh itu, dia bimbang apabila mengacarakan JJCM dia perlu mengehadkan pemakanan.

“Alhamdulillah, walaupun pada awal saya bimbang tidak dapat mengacarakan program JJCM lagi, namun kalau sudah tertulis rezeki saya, ia tetap rezeki.

“Pengurusan masih percayakan saya untuk mengacarakan JJCM sehingga ke hari ini. Cuma selepas ini saya perlu memastikan tahap kebersihan di tempat makan yang kami hendak pergi,” katanya.

Dalam pada itu, Naz gembira apabila program berkenaan buat pertama kalinya menganjurkan anugerah JJCM Makan Awards.

Anugerah itu diperkenalkan menerusi aplikasi JJCM dan sebanyak tujuh kategori diwujudkan merangkumi lapan menu kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman.

“Anugerah ini memberi peluang kepada peminat makanan alam maya untuk mengiktiraf tempat makan kegemaran mereka di sekitar Lembah Klang.

“Pencalonan akan dipilih berdasarkan cadangan pengguna aplikasi JJCM apabila undian sudah pun dimulakan dan akan berakhir pada 24 November ini,” katanya.

Format pemarkahan 50 peratus undian rakyat Malaysia dan 50 peratus lagi daripada juri profesional.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari http://ift.tt/2yUdZBT.

Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Play Store.

The post Naz kekal terajui JJCM appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Naz kekal terajui JJCM

Sekianlah artikel Naz kekal terajui JJCM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Naz kekal terajui JJCM dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/naz-kekal-terajui-jjcm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :