Nak buat biar terbaik : Damian

Nak buat biar terbaik : Damian - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nak buat biar terbaik : Damian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nak buat biar terbaik : Damian
link : Nak buat biar terbaik : Damian

Baca juga


Nak buat biar terbaik : Damian

“JANGAN salah faham, komen saya bukan kepada Aiman Tino saja tetapi secara umum.” Itulah komen komposer dan anggota kumpualn VE, Damian Mikhail Seet, 39, mengenai kecamannya melalui status di laman sosial Facebooknya, Ahad lalu.

Penyanyi rap popular awal 2000 itu berkata, dia tiada masalah dengan Aiman cuma terpanggil memberi penjelasan kerana bimbang dengan penerimaan peminat terhadap lagu duet Aiman bersama Fara Hezel, Terasa Cinta.

“Peminat Aiman percaya Terasa Cinta lagu rap tetapi hakikatnya langsung tidak begitu. Saya pasti Aiman budak baik dan mungkin mahu mencuba sesuatu yang baru atau akur dengan kehendak pengurusan.

“Cuma nasihat saya kalau nak buat, biar betul-betul dan terbaik. Carilah produser hip hop berbakat untuk menghasilkan lagu bermutu.

“Mana tahu satu hari nanti kita dengar Aiman Tino bekerjasama dengan Joe Filzzow, Altimet atau Malique,” katanya.

Kata Damian, peminat Aiman keliru kerana kurang ilmu dalam muzik dan budaya lagu hip hop. “Ia adalah mengenai hormat, penghargaan kepada dunia jalanan dan menjadi asli. Muzik hip hop tempatan bukan dibina dalam sehari sebaliknya mempunyai sejarah yang kaya dan menarik.

“Bagi penyanyi yang mahu buat irama rap, fahami dan hormati budaya serta cara komuniti hiphop. Kenal dengan mereka yang bergiat dengan irama itu dan jangan segan bertanya.

“Aiman atau sesiapa saja yang mahu buat rap, perkasakan diri dengan teknik dan ilmu hip hop terlebih dulu,” katanya.

Dalam statusnya, Damian mengatakan penyanyi hip hop sedia ada, Malique, Joe Flitzow dan Altimet tidak boleh lagi cari makan.

Langkah beberapa penyanyi merakamkan lagu rap dilihatnya satu pencemaran dan penghinaan terhadap industri muzik hip-hop.

Katanya, kalau mereka buat persembahan di depannya, dia akan ‘boo’. Damian juga menunggu Aiman buat lagu Death Metal selepas ini.

The post Nak buat biar terbaik : Damian appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nak buat biar terbaik : Damian

Sekianlah artikel Nak buat biar terbaik : Damian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nak buat biar terbaik : Damian dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/nak-buat-biar-terbaik-damian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :